Sunday, July 13, 2008

Hati Berubah...

Hujung minggu berlalu dengan beberapa ‘kerja-kerja berfaedah’ yang telah saya lakukan. ANtaranya, saya dapat sediakan untuk makan tengahari ‘masak lemak cili api ikan kembung masin campur belimbing buluh’. Ini adalah antara resipi arwah Mak Mertua saya yang paling saya gemari…Mak ooiii…sehingga menjilat jari! (ehem…sendiri puji!).

Saya juga memenuhi undangan menjadi trainer bagi kursus ‘Managing Accounts Payable’ bagi sekumpulan peserta dari Sudan dan Oman. Alhamdulillah. Ianya berjaya saya laksanakan biarpun perjalanan ke Crown Princess begitu memualkan akibat dari ‘road-block’ yang berada di sepanjang Federal Highway…

Satu lagi ‘kerja berfaedah’ yang saya lakukan (selain dari ke pasar dan marahkan anak2 kerana buat sepah…), ialah membaca manuskrip karya terbaru penulis pujaan hati saya…hehehe…Dr MKI. Bertuahnya saya kerana mendapat lamaran beliau di antara seramai-ramai sahabat dan peminat setia penulis hebat ini untuk menjadi antara orang pertama membaca hasil terbarunya.

Dalam sendu dan tangisan sambil membaca bait-bait perkataan yang meruntun hati, saya terpukul sebenarnya dengan 'jiwa' karya ini. Saya adalah seorang yang jarang meminta. Namun, bebanan tanggungjawab di pejabat membuatkan saya rasa agak relevan untuk saya meminta sesuatu dari Boss. Saya sudah berkira-kira untuk berjumpa beliau esok dan akan saya luahkan apa yang saya rancangkan sejak dua minggu lalu…

Selepas membaca karya Dr MKI, saya malu yang teramat sangat dengan niat saya. Subhanallah….Astaghfirullah…Malunya saya kerana menyimpan hasrat tersebut. Saya terasa seolah-olah satu dunia mentertawakan saya!!! Ampunkan aku Ya Allah…..

Sepatutnya saya minta dari Allah. Sepatutnya saya tidak simpan niat untuk meminta dari Boss saya… Aduuhhhh...

Kepada Dr MKI, saudara telah membuat saya ‘berpaling’ dari ketaksuban dunia. Bayangkan betapa mudahnya perasaan seorang manusia berubah. Sebelum ini, saya menerima gaji yang seciput untuk satu tanggungjawab besar. Saya sentiasa bersyukur dan berpuas hati dengan ganjaran yang saya terima sebelum ini. Baru tiga bulan saya menerima ganjaran yang jauh lebih besar, tapi saya sudah mula impikan yang lebih banyak….Terimakasih Dr MKI…terimakasih….

Saya berani katakan - buku ini juga akan memenuhi carta buku terlaris di pasaran - sebaik ianya diterbitkan. Bravo my friend!

6 comments:

umi_e said...

salam... apa tajuk buku tu ya... :)

Krafdunia Design said...

Memang betooool dan dah jadi pun pagi tadi..mintak kat Allah direct.

Suria Klang said...

Tajuk buku ini masih belum diputuskan. Biarlah penulisnya yang mengumumkan.

Dal said...

Kak Su dah tgk majalah I. Dr Kamil jadi cover katanya. Saya masih lum jumpa. Ni buku baru dia kan...? another karya yang bakal hit nanti...

Kassim Selamat said...

Blog Prof. dah hilang...sayang sekali!

Tak sabar nak baca buku baru ni.

Saya menerima buku Travelog Haji dari tangan penulisnya sendiri....terharu dan sayu.

Nurraz said...

Blog prof ade di sini http://muhdkamil.net/kehidupan/