Sunday, July 20, 2008

Mee Jawa Kelang

Semalam kami sekeluarga bersama keluarga Abang Sahar dan Rozi bergotong royong membersihkan rumah arwah mak. Lepas makan, tidur, lepas tidur, makan aiskrim, dan kemudiannya kami pun mula menggondolkan pokok-pokok mak yang dah out of shape.

Riuhnya suasana. Seronok sungguh melihat budak2 berkejar2, menjerit2 dan menyanyi2 sambil memotong rumput2 dan semak samun di 'kebun' kecil kesayangan mak. Sedang asyik masing2 membersihkan tempat itu, tiba2 terdengar Abang menjerit...hahaha...dia dah tercantas habis pokok bunga kertas yang paling tinggi...kelakar sungguh lihat wajah Abang...pucat lesi. Macamlah mak akan nampak apa yang dia buat dan marahkan dia!!!

Lepas solat Asar, kami berarak ke Emporium Makan di Kelang untuk menikmati makan malam...yes! Mee Jawa dan Satay...Mee Jawa di Emporium Makan Kelang tiada tandingannya. Di situ lah tempat persinggahan kebanyakan orang Kelang...Nostalgia. Berebut2 kami bercerita pada anak2 apa yang boleh didiapati di sana selain dari Mee Jawa dan Satay, ada bubur cha-cha, air buah yang masam2 manis, Rojak mamak, lontong Kelang, Nasi Lemak Lido, Soto Ayam, mee hoon sup...dan banyak lagi yang semuanya sedap2.

Kelang...cinta yang tak pernah padam dari hati anak2 jati tempat bertuah ini...Ianya cukup istimewa.

4 comments:

nabilla naha said...

ala... mommy... bestnya...xle jadi ni.. hehehe..
mom, when u come later bring sambal ek.. thank you! mmuuaahhxxx!

ZLAA said...

Bestnya makan-makan. Boleh terbayang keriuhannya. Nanti teringin juga nak ke tempat makan tu.

ASMA RINA said...

Bestnya..... bila nak bawa kita rasa makan kat situ nanti kita belanja akak kat situ nak tak. Rindu nak makan sama-sama macam dulu-dulu......

Suria Kelang said...

Lala. Zlaa and As,

Bila2 ada masa, di Klang atau Shah ALam, bagitau je. Kita gi makan mi jawa...sedap!!!