Tuesday, July 8, 2008

Kena Kapur...

Hahaha..sudah terkena!!!

'Boss' di rumah kena kapur semalam. Mujur...dalam pada dok bincang2 tu, dia terhidu sesuatu yang agak 'stinky'. Walaupun dia dah keluarkan duit yang 'penyamun' tu nak, dia hanya beri seciput buat testing. Ciput-ciput pun banyak gak...lepas duit minyak nak gi kerja seminggu!!!

Tunggu punya tunggu, 'penyamun' tadi sudah pergi dengan senang hati bersama duit yang diberi. Termangu lah kawan kita tunggu...habuk pun tarak... Bayangkan..apa agaknya anak saya Jimie akan buat kat anak dia??? Kalau betullah budak tu anak dia...ntah kot sama 'penyamun'...

Suami saya cukup menyesal dengan apa yang telah dia lakukan. Sampai pagi tadi dahi dia berkerut dan muncung je. Saya kata, 'lupakan je. Janganlah dok ingat lagi'. Dia jawab,'nape lah bodoh sangat...'. Dah nak kena...camana?

Itulah kita. Senang sangat percaya...Tak salah, tapi mungkin keadaan ekonomi yang semakin parah mendesak segelintir manusia untuk jadi 'penyamun'. Bila ada penyamun, adalah yang kena samun....Ada yang akan ketawa, dan pastinya ada yang akan menangis. Macammana sekalipun, Allah tahu setakat mana kita mampu tanggung bebanan...Itu janji Dia.

Ask, and you will be given...

5 comments:

Unknown said...

suria...alahai....malang nya 'boss'...cepatnya dia percaya ...tapi 'penyamun' memang bijak berlakun. kita memang senang terkena sebab kita ingat semua org pun mcm kita!

semoga dapat bertambah rezki...

Pp

Wandy said...

Rezeki tu ketentuan Allah. Dia boleh beri & boleh tarik. Hari ni dapat ...esok hilang. Hari ni hilang ...esok dapat.

Krafdunia Design said...

Malang?..memang lebai malang. Ketentuan Allah?..yang rezeki tu ya, yang kebodohan tu tidak. Kita tidak pernah mempertikaikan ketentuan namun adakah salah untuk bersangka baik?.. tidak sama sekali. paling penting sekarang tingkatkan kebijaksanaan laa.kot..ha ha. nak dapat rezeki besar la agaknya...Terima kasih kerana mendoakan tambahan rezeki..Amin.

Boss

Anonymous said...

boss....boss....

Kassim Selamat said...

Tak mengapa...hari ni kena kapur mudah2an Allah gandakan rezeki tuan yg kena kapur. Amin.