Wednesday, August 20, 2008

Sedihnya...

Saya ditugaskan menemuduga seorang calon bagi satu jawatan yang senior di pejabat ini. Selesai proses tersebut, saya dan CEO kemudiannya ke Pavilion yang terletak bersebelahan dengan Bangunan Standarad Chartered, tempat di mana temuduga diadakan.

Kami makan tengahari bersama dua orang pegawai kanan CMSB di Island Bistro. Sambil makan, sambil sembang dan saya seperti biasa, melihat sekeliling sambil membuat analisa saya sendiri. Perbualan kami lebih ke arah kerja, namun mata saya tertumpu ke meja yang berselang beberapa buah dari meja saya. Tiga gadis Melayu dan seorang lelaki Melayu, remaja kesemuanya, sedang menikmati hidangan mereka.

Apa yang menarik perhatian saya adalah minuman yang berada di atas meja mereka. Hati saya tertanya2, kenapa ada kotak ais? Bila saya amati betul2....ohh...rupanya kotak ais tu berisi sebotol arak dan keempat2 remaja tadi sedang asyik menikmati minuman 'hebat' itu di tengah2 manusia yang ramai lalu lalang di situ...

Mata saya tidak mampu melepaskan pandangan. Jantung saya tidak berhenti berdegup kencang. Otak saya terus menerus berfikir...di mana letaknya prinsip hidup anak2 yang masih hingusan ini? Ke mana perginya ajaran mak ayah cikgu ustaz dan ustazah di sekolah? Kenapa mudah sangat kehidupan mereka dipesongkan oleh arus 'kemodenan'? Saya hampir mencubit diri sendiri, kerana ada persoalan di kepala saya...adakah saya kini di Malaysia atau di Paris atau di Hong Kong atau di New York???

Malu dan sedih benar saya melihat keadaan ini. Patutlah macam2 musibah melanda umat Islam. Gejala ini hanya sebahagian dari kerosakan yang terus-terusan dilakukan oleh umat Islam sendiri. Remaja yang 'berwajah' kampung dengan mudah dan tanpa segan silu minum arak di khalayak ramai, di waktu tengahari buta, di Malaysia, yang agama rasminya Islam, yang dipimpin oleh pemimpin Islam dunia....Ampunkan hambaMu Ya Allah kerana aku tidak mampu berbuat apa2 untuk mencegah perkara ini dari berlaku....

4 comments:

LotsOfLove said...

anak2 muda remaja..
mengkin keseronokan itu yang mereka inginkan.. kita memang xmampu berbuat apa..

arsaili said...

salam kenal...sedih melihat umat akhir zaman ...a good reminder

Raden Galoh said...

salam sis...
terima kasih kerana menulis tentang saya...maaf tidak dpt meninggalkan komen di entri tersebut kerana maxis broadband asyik 'angin' je...

wah dah jumpa abg arif akak pakpayne ye...seronoknya...dengan keadaan saya mcm ni tak taulah if i can meet him while his here this year...sedih gak sbb dh plan nak jumpa....

i note plight u in this entry... risau sungguh melihat kejatuhan moral ugama anak2 muda sekarang...

u tk care ok?

Suria Kelang said...

terimakasih buat lotsoflove, arsaili dan raden galoh. kita kena buat apa yang patut kita buat...ingatkan anak2 kita dan sesiapa yang lebih muda dari kita supaya sentiasa berada di jalan yang benar dan diredhai...