Wednesday, August 13, 2008

Syukur Alhamdulillah

Saya merasa amat bersyukur. Tiada apa yang mampu menggambarkan apa yang saya rasakan saat ini...

Empat bulan 12 hari di syarikat ini, saya menerima sepucuk surat yang menaikkan bulu roma... Surat yang ditandatangani oleh CEO. Surat yang mengatakan saya telah disahkan ke jawatan saya berserta pelarasan gaji yang jumlahnya... Subhanallah... tidak pernah terfikirkan...

Rasanya sujud syukur tidak memadai. Ucapan terimakasih belum cukup lagi. Makanya saya berniat untuk berkongsi kejayaan ini dengan beberapa orang yang amat bermakna dalam hidup saya... Suami, anak2, adik kakak dan abang pastinya, juga teman2 seperjuangan di tempat bertuah saya dahulu... As, Ros dan Elfee telah pun saya hubungi. Kita gi makan Sabtu ni ye???

Dua tahun saya 'menderita' kerana tidak dihargai di 'sana'. Apa yang saya kumpulkan adalah rasa rendah diri yang melampau. Namun saya belajar menjadi diri saya sendiri. Pada waktu itu, hanya keikhlasan yang mampu saya himpunkan demi cinta dan kasih sayang saya kepada anak2 murid yang beratus2 di hadapan saya, yang mendamba dan menanti ilmu dan didikan dari saya supaya mereka juga berjaya menjadi insan berguna.

Rupanya saya telah melepasi ujian kesabaran di sana.... Tuhan memberi rezeiki dalam pelbagai bentuk. Selepas hilang dari dunia korporat selama hampir 4 tahun, saya kembali dengan rasa kekok, rendah diri, takut dan serba salah. Namun, keikhlasan yang saya kumpul dahulu membuat saya berjaya hari ini. Ianya disedari dan hari ini, saya dihargai....

Ya Allah... terimakasih atas kurniaan yang besar ini. Terimakasih buat kedua ibubapa yang telah berjaya mendidik aku menjadi manusia berguna biarpun kehidupan terlalu sukar buat mereka waktu itu... Aku yakin Kau akan tempatkan kedua mereka di tempat yang paling indah Ya Allah...

Terimakasih kepada suami yang amat menyayangi dan menghargai diriku seadanya. Berikan kepadanya segala kemudahan Ya Allah. Berikan kepadanya kemuliaan di dunia dan akhirat. Dia insan mulia yang Kau hadirkan dalam hidupku dan berjaya membawaku ke jalan yang benar Ya Allah.

Hanya Engkau yang mampu membalas kebaikan CEO CMS I-Systems Berhad. Jadikan dia Muslim yang baik Ya Allah. Berikan hidayahMu kepadanya.

Terimakasih kepada semua yang sudi berkongsi perasaan ini...

8 comments:

naha said...

Congratulation!
Syukur Alhamdulillah.

Boss

Kassim Selamat said...

Tahniah suria! boleh ler gi makan2 jgn famili yer...

Belum terlambat lagi kot nk wish...happy belated birthday suria! semoga di permudahkan segalanya...Ameen.

naha...dpt ke mesej sy? hari minggu ni sy takde kat umah

AnSar said...

Tahniah Kak Su!!!

Nak join gak kegembiraan akak tu... Bulan satu nnti bole la open table lg skali kan kan...

Pak Ngah: said...

:: salam... emmm... tahniah!!

:: insan hebat yang sedang digilap... bak kata orang... intan yang sama berbeza nilainya apabila dipamer di kaki lima berbanding di dalam bekas bercermin yang dilimpahi lampu limpah...

:: teruskan kehebatan puan...

ASMA RINA said...

Tahniah K.su, saya tumpang gembira dan sangat gembira kerana pernah mengenali dan bersahabat baik dengan akak yg cukup saya hormati.

LotsOfLove said...

Tahniah Puan..
Sememangnya Puan layak menerimanya..

Abu said...

Belated Tahniah Puan!
After going thru such ups and downs in your life, you truly deserve it... Congrats ;)

Abu said...

btw, dah beli ke kete kecil you.. or you don't really need it now :)