Thursday, September 25, 2008

Dara Pujaan Mak balik raya...

Alhamdulillah, anak2 saya semua telah berada di rumah menanti tibanya Syawal. Sebagai ibu, tentunya saya gembira melihat anak2 saya bergurau sesama sendiri biarpun badan masing2 dah mengalahkan mak dan ayah...

Semalam saya bersembang kosong dengan rakan2 sepejabat tentang kisah lalu. Kisah saya: Dek kerana teringin sangat merasa nikmatnya pulang ke kampung, (Nota: Saya belajar di UiTM SHAH ALAM selama 5 tahun. Kampung halaman saya di KELANG)saya ikut kawan2 yang nak balik kampung naik bas dari Shah Alam. Mereka bawa beg besar, saya pun bawa juga. Tapi beg saya KOSONG! Seronoknya merasa pengalaman naik bas ramai2, pas tu jalan dari Bus Stand Klang ke Puduraya. Saya ikut Shida yang nak balik Mersing. Tunggu kat platform bas ke sana. Riuh, bising, bau asap, bingit, busuk dan macam2 yang saya rasa... Bila bas Shida sampai, dia naik atas bas dan saya lambai dia.... Apa saya buat lepas tu? Jalan kaki ke Bus Stand Klang dengan beg besar kosong dan ambik bas ke Kelang...untuk menyambut hari raya di Meru. Tambang bas waktu tu - Shah Alam Kelang RM0.50, Kelang Meru RM0.55...Jumlah RM1.05.

Nasir pulak bercerita kisahnya sewaktu bergelar pelajar di UTM KL. Ada satu tahun tu, dia ke Pudu Raya untuk pulang ke Kuala Pilah. Terkejut dia melihat manusia beratur sampai berbelit2 hingga ke luar Pudu Raya. Apa yang dia buat? Dia cari pondok talipon dan beritahu emaknya yang dia tak dapat balik kerana tiada tiket! Sebenarnya, dia malas nak beratur panjang... Kami pakat takutkan Nasir... Kami kata "nanti anak bujang you akan buat exactly apa yang you pernah buat...x balik raya! Masa tu baru you kata "Padan muka aku!""

Anak dara saya balik dari Sarawak semalam dengan penuh riang gembira. Macam2 yang dibelinya di Bazar Ramadan. Hampir semua kuih nak dibelinya... Bila berbuka dah tak tau apa yang nak dimakan.... Lepas tu, terdiam je lah kuih tu atas meja.... Papa dia kata, 'kemaruk makanan budak ni...maklum je lah, baru keluar dari hutan!'

Hari Raya...semangat untuk berkumpul dan bersama yang tersayang, tidak akan pudar dari kehidupan kita hingga bila2...

4 comments:

AnSar said...

Salam Aidilfitri utk Kak Su sekeluarga... Mohon ampun maaf klau ada salah silap.... zahir dan batin.. sedihnya sy kak su bila x dpt balik raya thn ni...sob.. sob...

arsaili said...

salam..lama tak ke mari...uiksss..asal meru ker? Aunty saya org meru tapi dah lama menetap di sarawak..dulu masa buat persediaan kat kolej MARA, selalu balik meru over the weekend...my aunty punya saudara ramai lagi kat meru tu. Selamat hari raya..saya raya di perantauan...

zlaa said...

Salam Aidilfitri buat Suria sekeluarga. Moga berbahagia di hari mulia.

Suria Klang said...

Selamat Hari Raya buat Nuar, Arsaili dan zlaa yang jauh di perantauan... Jangan sedih... you all di sana membawa amanat agama, bangsa dan negara...Besar ganjarannya tu... kak Su doakan semoga semuanya selamat dan gembira selalu... Insyaallah kita akan jumpa lagi di suasana yang lebih indah...

Arsaili, bila2 nak ke Meru beritahu...