Monday, September 1, 2008
Alhamdulillah...Ramadhan memangnya membawa berkat
Semalam adalah hari pertama semua umat Islam berpuasa di Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya. Saya berazam untuk....ceh! tak habis2 berazam....
Sepanjang hayat saya, hari pertama berpuasa, (selain dari sewaktu tinggal di asrama), saya akan berbuka dengan emak atau mak mertua. Sejak emak saya pergi 11 tahun lalu, rumah emak mertua adalah tumpuan saya, Boss dan anak2. Rasa bangga dapat membuat emak senyum melihat kedatangan kami menyemak dan menyibuk...
Ramadhan ini kali pertama berbuka tanpa beliau. Lalu, saya sarankan pada Boss, apa kata kita jemput Abang, Ngah dan Rozi serta budak2 untuk buka kat umah kita first day puasa? Abang pun belum sibuk sangat kat kedai, kebetulan public holiday...
Boss agak skeptical. Nak ke ABang dengan Ngah bertemu? (Ada insiden yang kurang enak berlaku di antara mereka berdua bulan lalu). Jawab saya, inilah masanya kita tautkan balik perhubungan mereka. Bulan mulia ni kan...
Makanya, semalam, sejarah indah terukir. Seawal pukul 6 rumah kami telah dipenuhi. Berbagai makanan terhidang. Mulanya kecut perut saya takut makanan tak mencukupi, tapi masing2 datang menjenjet sesuatu... Dari sikit sampai melambak2 atas meja.
Pukul 7 malam, Ngah tiba dengan anak2 dan cucu2nya. Kami berdebar.... Sebaik dia melangkah masuk, Abang yang sedari mula asyik menatap tv, mula mengangkat kepala.... Dan, saya lihat kedua mereka bersalaman dan berpelukan....ALhamdulillah!!!
Selepas menjamah tamar dan minuman, kami berjemaah Maghrib, lepas tu....zuppp... licin apa yang ada atas meja.... Selepas berlengkar2 dan bersembang, kami kemudiannya solat Isya dan tarawikh bersama....
Saya gembira melihat semua orang gembira. Ujian hari pertama berlalu dengan kejayaan. Anak2 sedara yang sedang menginjak usia remaja dan dewasa amat gembira kerana kini mereka punya sebuah tempat untuk menyambut first day buka puasa...
Sampai pukul 1130 mereka menghabiskan masa di rumah saya. Dilla dan keluarga yang berbuka di Bentong juga singgah dalam perjalanan pulang ke Klang. Abo gembira sungguh. Berlari dan melompat bersama 'anak-anak saudaranya'.... Ye, Abo sebaya dengan 'cucu2 saudara' saya... Dek kerana penat, asyik melalak dia dalam tidur...
Alhamdulillah. Ramadhan sememangnya bulan yang membawa berkat....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
yeay! alhamdulillah da ok la kirenye ni? hehe.. best2, de gambar? akak kat cni mkn buke 1st ngan family g'ah. ktorg sahur 1st pon ngan family g'ah. aunty and uncle kem salam kat mama.
Rahmat puasa, bertemu bersama keluarga, merapatkan silaturahim.. MasyaAllah.
suria..:-)
saat manis bila yang retak bertaut kembali....yang terlerai di simpul mati....dan semuanya kerana suria perihatin dan menjadi catalyst pendamai...dan kerana hati mereka ada kasih sayang dan kelembutan persaudaran islam.
alhamdullillah!!!
Post a Comment