Thursday, December 8, 2011

Minggu yang padat

Sepanjang minggu ini kami di luar kota. Saya bertugas di Pulau Pinang dan Langkawi. Boss terpaksa menjadi pemandu. Abey dan Abo menjadi pengikut setia. Perjalanan Shah Alam - Permatang Pauh - Batu Feringghi - Permatang Pauh - Kuala Perlis - Batu Feringghi - Kuala Kedah - Batu Feringghi - Permatang Pauh -Batu Feringghi - Kuala Perlis - Shah Alam, berjumlah hampir 2000 km. Belum ditambah feri Kuala Perlis - Pulau Langkawi - Kuala Perlis. Jumlah hari, 8 hari. Penat badan tidak terkira. Biarpun menginap di hotel yang nyaman, tetap terasa penatnya.

Saya terpegun dengan satu fakta menarik yang berlaku di sepanjang perjalanan kami. Jimie ditawarkan menjadi jurugambar untuk pelancaran oleh PM sebuah syarikat di LIMA Langkawi pada pagi Selasa. Dia berada dalam satu pasukan yang pro, tetapi Jimie baru sangat belajar mengambil gambar. Hri Isnin dia ada kelas sampai pukul 7. Event hari Selasa pukul 9. MAkanya Boss menjadi pemandu F1, mengambil Jimie dari kolej dan tidur di hotel kami. Keesokan paginya menghantar Jimie seawal pukul 4 pagi ke Kuala Perlis untuk menaiki feri pukul 7. Malamnya Boss memandu ke Kuala Kedah untuk menjemput Jimie yang mengambil feri pukul 7 malam, membawanya pulang ke hotel dan keesokan paginya menghantar semula Jimie pada pukul 6 pagi kerana dia ada kelas jam 8. Allah hu akbar.... Andaikata saya tidak punya tugasan di Pulau Pinang pada tarikh itu, siapa agaknya yang akan menghantar dan menjemput Jimie? Andaikata Boss tidak punya kelapangan, biarpun saya ada mesyuarat, sudah pasti saya akan ke Pulau Pinang menaiki kapalterbang.... Juga tiada siapa yang akan menghantar dan menjemput Jimie.

Perencanaan Allah amat tepat. Jawapannya lengkap.

Boss juga ada 'opportunity cost'. Berada jauh dari kedainya bermaksud kehilangan pendapatan. Nampak dari sudut matanya keresahan meninggalkan kedai untuk tempoh masa yang lama. Kenyataannya Allah telah mengatur sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh akal kita manusia tentang rezeki. Ditemukan Boss dengan sahabat2 lama di Pulau Pinang....dan terbuka peluang untuk diterokai. Subhanallah! Begitu sekali Dia menjawab permohonan kita hambaNya yang sentiasa memohon, mengangkat tangan mengadu keresahan dan kegundahan hati.... Merintih dan merayu agar dilmbutkan hati-hati yang membeku dan dimudahkan urusan yang sedang dilakukan.

Malam ini malam terakhir kami di pulau lagenda ini. Melihat begitu banyak coklat yang dijual di kedai2 amat mengujakan. Debaran jantung saya begitu kuat bila Abo jalan senget-senget dalam kedai Hj Ismail.... Andai tersinggung pinggan mangkuk Vantage, Corelle, Pyrex....fuuuhhh... Masak kami nanti.... Semuanya cantik, hanya duit saja yang tidak cantik.....

Berkati usaha kami Ya Allah. Hanya redhaMu yang kami harapkan.

4 comments:

ROS said...

Salam Pn. Suria,

subhanallah...betul puan,perencanaan Allah memang yang terbaik. Mudah2an kita menjadi hamba-Nya yg sentiasa bersyukur. Terimakasih berkongsi pengalaman...yg saya rasa adakalanya menyesakkan nafas, walaupun saya hanya membacanya bukan mengalaminya :)

Suria Klang said...

Salam Ros. Terimakasih atas penghargaan. Sudi membaca adalah satu pengiktirafan buat saya. Insyaallah selagi hayat dikandung badan, ditambah dengan kekuatan fizikal, kekuatan hati dan ketajaman akal, tiada kesusahan yang tidak mampu diatasi.... Semoga Ros mendapat keredhaan Allah sentiasa.

ROS said...

..."semoga Ros mendapat keredhaan Allah sentiasa"...ameen...kerana setiap waktu saya mengharap saya mempunyai kekuatan dan keyakinan yang luar biasa untuk menghadapi kehidupan...puan,terimakasih mendoakan saya.

ROS said...

..."semoga Ros mendapat keredhaan Allah sentiasa"...ameen...kerana setiap waktu saya mengharap saya mempunyai kekuatan dan keyakinan yang luar biasa untuk menghadapi kehidupan...puan,terimakasih mendoakan saya.