Thursday, May 21, 2015

Sambal Hijau

Satu lagi kisah tentang makanan. Makin bersemangat saya mahu menulis tentangnya.

Orang Indonesia kata, sambel ijo.

Di sini, kita sebut Sambal Hijau. Ada sebuah restoran bernama Sambal Hijau yang terletak di Kg Sg Penchala, yang menyediakan makanan dari sarapan hingga ke dinihari. Subhanallah! Panjangnya deretan makanan tidak boleh saya nafikan. Rasanya.. Amat sedap. Harganya, berpatutan. Layanannya, *****.

(Disclaimer: Komen di atas adalah pendapat saya, seorang dewasa yang waras. Sekiranya anda punya pendapat berbeza, saya menghormatinya)

Usah ditanya menu kegemaran saya. Bagi pencinta makanan, rasanyasemua pun hendak dimakan!

Tuanpunya restoran adalah kenalan rapat kami. Sepasang suami isteri yang sentiasa merendah diri, berbudi pekerti mulia dan amat kuat berusaha untuk berjaya. Usaha mereka sejak sepuluh tahun lalu sedang memberi mereka kejayaan besar dalam perniagaan makanan. Saya cukup kagum melihat pelanggan beratur panjang untuk mengambil nasi, dan berdiri memegang pinggan yang penuh berisi menunggu tempat kosong dan beratur panjang sekali lagi di kaunter bayaran. Kadang-kadang mereka marahkan cashier hanya untuk menyerahkan wang mereka! Hebat!!

Selain menu berat, menu ala-Thai, goring-goring dan ala-carte, ada juga desserts yang sedap-sedap yang disediakan oleh sahabat-sahabat usahawan yang lain. Givers' gain, falsafah Tuan Azrul Shah Isa, tuanpunya restoran yang sentiasa muda remaja dan isterinya yang cantik jelita Puan Nooraini Abdul Majid.

www.sambalhijau.my
www.bestmenserum.com




Gambar ini diambil oleh Tuan Azrul dan dihantar khas kepada saya. Ketam ini selfie, katanya. Memang kejam!



Dalam banyak-banyak lauk yang terhidang, saya pasti akan ambil batang keladi masak asam rebus. Kecur air liur>



5 comments:

Adib Noh said...

Thanks for sharing..lepas baca dan lihat foto,teus terasa lapar..

Adib Noh said...

Thanks for sharing..lepas baca dan lihat foto,teus terasa lapar..

Suria Klang said...

Pak Adib... Itu nikmat tu... 😁😁😁😁

Unknown said...

huh...silap mai tgk gambar jam 11 malam....tiba2 rasa nak makan ketam masak macam tu...

Suria Klang said...

Pak Pin, balik Malaysia kali ni, reservekan satu hari untuk saya bawa Pak Pin & Kak Aisyah makan di Sambal Hijau. Ini dah kira satu temujanji tau! Saya akan minta Tuan Azrul Shah untuk bersama nanti.