Tuesday, October 9, 2007

Professor Dr Muhd Kamil Ibrahim

Pagi tadi, saya menjadi tetamu jemputan Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim, professor saya di UiTM, ke majlis pelancaran buku beliau yang bertajuk "Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman" yang diadakan di Bangunan Annexe, UiTM Shah Alam. Buku ini amat bermakna buat Prof Kamil, seorang manusia yang dianugerahkan bakat semulajadi dari Allah untuk menulis. Saya kagum dengan kegigihan Prof Kamil dalam menghasilkan karya-karya istimewa, sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain. Yang lebih membanggakan saya, Prof Kamil menandatangi sendiri buku saya dengan kata2: "Suria, semoga hidupmu terus bercahaya". Saya juga mendapat tandatangan Datuk Dr Zaini, seorang dermawan yang telah membeli sebegitu banyak naskah buku ini untuk disumbangkan kepada orangramai. Mudah-mudahan Allah terus memberkati kehidupan Datuk dengan rezeki yang melimpah ruah.

Prof Kamil yang saya kenali sejak puluhan tahun dahulu kini telah menjadi seorang manusia yang berbeza. Dulunya nakal, loyar buruk dan 'cheeky', kini beliau menjadi seorang yang begitu 'zuhud'. Apapun, beliau masih lagi seorang insan mulia yang baik budi. Itu tidak berubah.

Saya pasti Prof Kamil dikelilingi oleh rakan-rakan yang menyayangi beliau. Sebagai seorang anak didiknya, saya tidak pernah sekali merasa ketinggalan dari mendapat perhatian Prof Kamil. Amat saya banggakan bilamana dalam setiap bukunya beliau menyebut, biarpun sekali, nama saya.... Amat mengujakan! Kerana.....siapalah saya dibandingkan dengan beliau. Bakat saya tiada, kegigihan saya tidak seberapa, kekuatan saya pula...alahai....

Kepada Prof Kamil, teruskan usaha menjadi insan kamil....saya doakan Prof bahagia dunia akhirat... I m very proud of u!

7 comments:

mki said...

Suria,

Selamat hari raya. Maaf Zahir Batin.

Suria Klang said...

Selamat hari raya untuk u dan keluarga juga. Maaf zahir batin.

the nur yaya said...

baru2 ni prof kamil ada msuk dalam tv 9 rancangan mukaddimah. Pada mulanya saya tak minat pun dengan apa yg nak di sampaikan kerana beliau begitu asing , tak pernah nampk dalam tv!akhirnya saya biarrkan saa dan menonton apayg cuba di sampaikan . SubhanALLAH , !~begitu touchinggnya bila dengar kisah beliau yg dulunya x tahu mengaji sudah khatam , menunaikan haji , belau bketa stiapmalam beliau berdoa dengan rendah diri , masih tbayg2 wajah beliau mceritakannya , suara beliau yg sudah sebak , buat saya pun sebak :(. begitu mengkagumkan . beliau di pilih ALLAH kembali padanya . hebatnya beliau ..harap dapat jmpa 1 hari nanti :) lagipun saya tinggal di jb dekat sangat dgan uitm...moga2 beliau terus istiqamah dan membri kebaikan kpd smua plajar 2 utm . meremang bulu roma masa beliau bcerita . tbayg kuasa ALLAH...

the nur yaya said...
This comment has been removed by the author.
the nur yaya said...
This comment has been removed by the author.
the nur yaya said...
This comment has been removed by the author.
the nur yaya said...
This comment has been removed by the author.