Monday, January 14, 2008

You Light Up My Life

Masa saya kecil dulu saya cukup suka lagu ni. Saya ingat dan cukup hafal senikatanya yang menyentuh hati, tanpa tahu maksud yang tersirat.

Pagi tadi, saya berat hati nak ke kelas. Saya tahu saya akan menangis jika saya khabarkan kepada pelajar-pelajar saya yang saya akan pergi....ye..saya sudahpun menghantar surat perletakan jawatan. Ke mana saya selepas ini? Tuhan saja yang tahu.

Bila saja saya beritahu anak-anak ini yang saya akan pergi...berderai tangisan kedengaran. Mereka sedih, saya, apatah lagi.... Saya juga menangis, bukan kerana takut tidak punya kerja lagi, tapi kerana saya sayangkan anak-anak ini. Mereka bukan anak saya, mereka anak melayu, anak cina, anak india, anak iban, anak kadazan...mereka anak bangsa saya yang dahagakan ilmu dari manusia seperti saya. Ilmu yang saya perolehi dari guru-guru saya, dari buku, dan dari jerit perih saya mengharungi kehidupan... Ada yang tiada di tempat bertuah ini. Kerana itu saya harus membawa langkah sendiri.

Dan saya tidak bersendiri rupanya. Saya diiringi seorang sahabat yang juga menghantar suratnya pagi tadi. Entahlah...tapi, bak kata Bob Lokman...Tuhan pun tahu...

Ketika melamun sambil memandu kereta pulang ke rumah, saya terima sms dari pelajar saya, Malini namanya. Saya salin apa yang ditulisnya....

I open my wallet and found cash.
I open my bag and I found books.
I open my heart and I found you.
I realize how grateful I am to have a nice person like you.

Luv u Pn Mahasuria.
Malini

Aargghh… saya sedih. Namun saya balas sms Malini dengan jawapan ini.

Thanks a lot.
You light up my life…

4 comments:

Anak Rawa said...

Dulu-dulu ramai ada berkata saya nak jadi lilin membakar diri utk memberi harapan utk org lain yg memerlukan.

Adakah ia masih releven????

Ini dunia percaturan. Rezeki Allah yg beri. Tugas kita cuma utk cari rezeki yg halal hasil titik peluh kita sendiri.

Walau bagaimana pun life has to go on.... Walau apa pun jgn pandang belakang. Teruskan hidup. Jadikan ia salah satu daripada asam garam hidup supaya kita menjadi makhluk Allah yg tabah menerima apa juga dugaan. Wassalam

Unknown said...

Yes, life is just like that, like it or not... Bertemu, berkawan, berkahwin,bersama, berpisah..dan beberapa ber yg lain... itulah adat kehidupan yg penuh warna-warni, sungguh aneh tetapi adil...
Bayangkan yg terpaksa dan dipaksa berpisah oleh kematian, apalagi jika kematian yg trajis seperti kemalangan, kebakaran atau dibunuh..pastinya mereka yg tinggal akan meratap menangis hingga ke tulang hitam mereka..
Apa yg sy tahu, sdri adalah antara ironlady yg paling tabah dalam dunia ini...sy mmg tidak risau jika ianye terjadi kepada sdri, sbb sy tahu sdri pasti berjaya mengharunginye, insyaAllah.
Teruskan perjuangan anda Suria, saya tetap menyokong dan mendoakan kejayaan anda...
Ikhlaskan niat kerana Allah, pasti anda tidak akan kecewa di akhirat kelak, insyaAllah

Pak Ngah: said...

:: salam... apabila kita mempunyai pendirian dan pendirian itu kita yakini adalah berdasarkan pemikiran yang tidak dipengaruhi oleh perasaan yang tak terkawal... dan jika ditokok tambah pula oleh sikap berhati2 kita apabila bertindak terhadap sesuatu perkara itu... maka biasanya jarang kita akan menyesal... dan sewajarnya kita redha segala apa yang bakal kita hadapi nanti... insyaAllah semuanya akan berkesudahan baik...

Suria Klang said...

anak rawa, terimakasih atas jasa dan ingatan kepada saya. Kadang2 saya rasa mengarut bila terpaksa mengambil langkah ini dalam usia yang semakin muda ini, namun saya percaya, satu pintu tertutup, sepuluh yang lain terbuka.

K, tinggi sangat penghargaan u pada i. terimakasih banyak2. moga2 kita bahagia.

pak ngah, saya suka bahasa pak ngah. saya hargai comfort yang saya sedang perolehi dalam masa yang agak sukart buat saya ini...

Insyaallah, saya seorang yang cekal dan kuat dalam menghadapi segala dugaan yang mendatang. Satu tentang saya, saya dapat buang segala kekusutan dalam masa yang singkat, kerana saya hidup dikelilingi kasih sayang....