Thursday, April 24, 2008

Belanja Makan

Tengahari tadi saya berkesempatan belanja Asma Rina dan Aznita makan tengahari di sebuah restoran di TTDI Jaya. Maklumlah, hari ni kan hari gaji....Seronok rasanya dapat bersama mereka semula.

Macam-macam cerita yang kami ceritakan. Ketawa besar As dan Eita mendengar cerita2bodoh saya...Sedih mendengar kisah mereka yang saya tinggalkan. Harap-harapnya mereka berjaya dalam mengejar impian mereka.

Saya juga terserempak dengan Prof Dr Ibrahim Kamal, Dekan Fakulti Perakaunan UiTM. Beliau mengajar saya management Accounting sewaktu Masters dulu. Beria-ia beliau memujuk saya untuk mendaftar sebagai pelajar PhD di UiTM. Tak taulah Prof...saya merajuk....Kot ada sesiapa yang boleh memujuk saya, mungkin saya akan kembali semula ke UiTM...

Prof Ibrahim cukup gembira bila melihat kad nama saya. Katanya, "I am very happy that you are doing very good now." Begitulah besarnya hati seorang guru bila dapat tahu muridnya berjaya.. Saya pun begitu juga.

Saya rindukan suasana ceria bersama kawan-kawan. Saya keseorangan di bilik yang besar ini...tapi, hati saya tenang dan saya fokus dengan matlamat saya.

7 comments:

UMMI AUNA said...

puan... baru je tadi saya, awin & den sebut nama puan. tak tau bila nak jumpa puan. Kesian kiteorg, dah la tinggal berempat, pegi ofis lecturer kenal ngan pn Asmarina je.. yang lain2 tu kenal macam tu jelah, 1st day register hari tu, sedih sgt.. coz selalunye akan carik dr Shan n puan.. sedih tau puan... terbayang puan n dr shan yg suka mangusik... tp nak bt macam mana, kene teruskan jugak, kene sabar utk 2 bulan...

rosnia said...

Juzi,

Remember me? Pn Rosnia. Komen saya.. Begitulah kehidupan yg tidak selalunya indah dan seperti yg kita harapkan. Sy ingat group u all yg saya pernah ajar. Saya percaya masanya akan tiba juga dan insyaallah u all akan graduate. Itulah doa dan harapan kami sebagai pendidik. Ala... 2 bulan tak lama... Bertemu dan berpisah adat resam kehidupan dan perpisahan itu bukan bermakna kita melupakan segalanya..kim salam sume. Insyaallah we'll see soon

rosnia said...

K Su,

Cakap pasal darah tinggi ni seriau gak sbb mak saya yg dah lama tak de darah tinggi tiba2 kelmarin naik sampai 190. Mak suka sgt manjaga hati ank2, menantu org sekeliling dll walau hati dia lain sebenarnya. Wahai para ibu, cukuplah kalian menjaga anak2 dan bila mereka dah besar biarlah anak2 ini yg menjaga hati kalian. Dia stress tu. Saya setuju ngan K Su, kita kena menjalani dan menghadapi hidup ini dengan penuh ketenangan, dengan kata lain relax, take it easy (remember our Prof). Saya percaya salah satunya ialah dengan mendekatkan diri kpdNya. Ckp senang, nk wat pyh tu. hehe. Tapi Insyaallah

UMMI AUNA said...

pn rosnia, mestilah ingat.. kiteorg ingat lagi, belaja ngan puan.. puan suke buat lawak.. masa tu lah lecturer paling best.. pn dalila, pn wan, pn suria, dr shan, pn asma rina... tak terasa pun yg kiteorg dah 3 thn kat sini, dan salah satu kekuatan utk meneruskan kehidupan kat kolej ni adelah dari lecturer yang byk bagi semangat... hehe...
dah dpt baby kan? tanhiah ye... mesti comel macam ibunye...

Suria Klang said...

Juzi, Ros,

Kehidupan ini indah jika kita lukiskan dia dengan penuh keindahan. Apa yang berlaku adalah pilihan kita. Juzi akan tinggalkan universiti dengan segala memori, hatta yang pahit pun akan jadi indah bila dikenang kembali 20 tahun akan datang...

Ros, dah sihat tu cepat2 prepare kan diri untuk jadi student balik. Walaupun Kak Su tak jadi Dr, Kak Su bangga kerana Ros, Dell, Nuar, Mas dan Mazu akan memakai gelaran itu sedikit masa lagi.

Love all of u.

Dal said...

Bestnya dpt gaji bila hujung bulan…
About title DR tu, bukan mudah nak dpt. Doakanle kejayaan kami yg baru bermula ni. It still a long way to go, K Su.

Mazu pun join ke? Heheh…tak tahu pun…dalam diam je dia ye?

LotsOfLove said...

Mmmm.. Seronoknyer baca..
xtau nak kata apa.. Yang pasti aku nyesal xstudy bebetul dulu. Untuk Pn Suria, Pn Dalilawati and Pn Rosnia.. Thanx 4 everytin.. God Bless all of you. Utk Juzy plak, thx 4 da friendship.. God Luck..

-Salvinia Asak-