Monday, April 28, 2008

Lifelong Learning

Semalam saya dijemput menghadiri majlis pelancaran Corporate Graduate School oleh IMCA dengan kerjasama Global University of Lifelong Learning USA di Sheraton Subang. Majlis disempurnakan oleh Datuk Dr S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia diiringi oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Wee.

Saya rasa berbesar hati kerana saya adalah sebahagian dari tenaga pengajar golongan yang sentiasa inginkan pendidikan sepanjang hayat mereka. (Saya sedang mengajar MBA program anjuran IMCA yang bekerjasama dengan Royal Roads University Canada). Mereka yang tidak ada kelayakan tetapi ada skil dan pengalaman akan dibimbing supaya mereka akhirnya menjadi seorang pekerja yang mampu berfikir. Lebih kurang gitulah objektifnya. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memiliki modal insan yang berkualiti bagi mencapai taraf negara maju. Antara industri yang telah pun mengamalkan kaedah ini adalah industri perhotelan, automatif dan salon2 rambut dan kecantikan.

Saya berpeluang berkenalan dengan ramai tuanpunya2 perniagaan yang berjaya dalam majlis itu. Besar sungguh hati saya bila saya dihargai oleh mereka yang lebih berjaya dari saya...macamlah saya ni hebat sangat...Sebenarnya, saya ni apa pun tak ada...

Saya juga salah seorang dari mereka yang sentiasa belajar di sepanjang kehidupan ini. Seboleh mungkin saya akan kongsi apa yang saya pelajari dengan orang lain supaya mereka turut sama belajar. Biarpun tidak lagi berada dalam dunia akademik, saya masih suka mengajar dan akan terus mengajar dan belajar...

3 comments:

rosnia said...

K Su,

Mg Abg Nasir tu cepat sembuh, cekal dan tabah hadapi segalanya. Ye la dok hospital ni mcm2 kena cucuk sana sini. Nyilu kita yg melihat. Berat mata memandg berat lg bahu memikul. Memberi kita keinsafan ingt 5 perkara sblm dtg yg 5 lagi tu..antrnya sihat sblm sakit. Mari kita doakan bersama. Amin.....

Pak Ngah: said...

:: salam...

:: kehebatan semakin menyerlah... apabila kita diletakkan atau berada pada tempat yang sesuai...

pakpayne said...

Suria..:-)

semoga Abg NASIR cepat sembuh...

selalunya kita belajar dari kesilapan orang dan dari kesilapan diri sendiri.
lebih memberansangkan bila dapat belajar dari kejayaan orang dan juga kejayaan diri sendiri.

penghargaan = amat berharga bila mereka memberikan nya tanpa mengharapkan apa2.

best wishes.