Sabtu dan Ahad yang panjang...
Kami sekeluarga agak gementar masa ini kerana keadaan Abang Nasir tidak memberangsangkan. Dia dipindahkan ke wad biasa Jumaat lepas. Kami lega kerana dia telah melepasi masa kritikal. Hari Sabtu, rumah saya jadi hos solat hajat dan bacaan Yasin. Lepas Isya', kami mendapat panggilan talipon yang Abang Nasir dipindahkan balik ke ICU kerana dia bleeding lagi..
Kecut perut dibuatnya. Kami hanya mampu berdoa dan mengharap keajaiban dari Tuhan yang Maha Penyayang.
Ahad, saya habiskan masa di dua buah hospital - HTAR bersama2 emak yang makin lemah dan langsung tidak boleh menjamah makanan. Tekanan darahnya terlalu rendah. Dalam pada dia sakit, emak pula cerewet tentang kebersihan dan macam2 benda yang tidak memuaskan hatinya...Itu membuat dia makin sakit..
Setengah hari di HTAR, kami ke SMC pula. Doktor tidak membenarkan ramai pelawat melawat Abang Nasir. Tapi, sebab semalam hari minggu, ramai sedara mara yang datang. Tugas kami melayan sedara-mara. Cik Nah, adik arwah emak, lembik lutut tengok keadaan Abang Nasir. Tak pasal-pasal dia jadi berdebar dan pening...Alahai...
Lepas SMC, kami ke rumah Epah pula yang menjadi penganjur Solat Hajat dan bacaan Yasin. Alhamdulillah, dalam keadaan yang tegang ini, kami adik beradik diberi kekuatan yang luar biasa. Keakraban kami diindahkan lagi dengan kerjasama ipar-duai dan anak2 saudara yang biarpun sibuk dengan segala urusan, masih lagi bersama di sini. Kak Ani sekeluarga datang dari JB berkampung di rumah saya, Abang Yem yang bekerja di Pasir Gudang juga meluangkan masa di samping 'anak buah menantu' - Najmi, yang bekerja di Temerloh, sanggup bersama kami, dan yang paling indah, solat2 kami diimami oleh Azizul, anak saudara saya, seorang tahfiz dari Al-Azhar sewaktu di rumah saya. Yazid, adik ipar saya, Ustaz lulusan UIA dan Najmi, Majistrate di Mahkamah Temerloh juga lulusan UIA - pula mengimami solat di rumah Epah..
Bagi saya, yang paling beruntung adalah arwah emak dengan bapak kerana mereka hasilkan keturunan yang baik-baik...Alhamdulillah.
3 comments:
Salam Kak Su... Mmg x miss baca kisah kak su.. saya mgkin peminat setia blog ni tanpa kak su sedari... huh.. penat jugak jadi kak su ni... congrats akak coz nmpak benar akak redha n dah mask dgn cabaran... keep it up gal!
study bisa diatur.. cuba mengeluh kepenatan... hehe..thank for the doa kak su... InsyaAllah..
Terimakasih sebab menjadi pembaca setia. Ada jugak orang nak baca maknanya boleh juga lah kita ni menulis kan?
Penat memang penat, cuma macam yang Nuar kata, kena redha dan banyak bersabar menghadapi saat2 sukar...barulah hidup ni bererti kan? Kalau sama dan rutin je mesti boring...
K Su,
Banyakkan bersabar di atas segala ujian Allah. Segala yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. yang penting kita perlu sentiasa sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup ini.
Post a Comment