Wednesday, April 23, 2008

Stress

Saya datang dari keluarga yang agak 'perfectionist'. Mungkin kerana arwah emak dan arwah bapak yang begitu mementingkan kesempurnaan. Rasanya dari sepuluh beradik, saya antara dua atau tiga orang yang separa-perfectionist. Maksudnya, saya ni lebih pada so-so dari perfection.

Menjalani hidup sebagai perfectionist ada banyak keburukan dari kebaikan: pendapat peribadi saya. Mungkin kerana saya bukan seorang yang sebegitu makanya itu yang saya fikirkan. Tapi, hari ini, saya rasa saya betul...

Kerana inginkan kesempurnaan, kita mudah stress. Tertekan dengan segala benda yang tidak berjalan seperti yang dirancang. Akibatnya, kita akan dibebani dengan satu penyakit yang Maha menakutkan - tekanan darah tinggi.

1995, arwah bapak dimasukkan ke HKL kerana stroke. Bapak yang mengusahakan mini-ladang nenas dan kelapa sawit tidak puashati dengan mutu kerja pekerja-pekerja yang diupahnya. Dalam keadaan dia yang tidak sihat, dia masih ke kebun. Dia terjatuh dari motor dan langsung tidak boleh bercakap. Ada darah beku yang mengganggu urat peti suaranya. Lama juga baru bapak sembuh, sebelum dia meninggal dunia pada Disember 1996.

Emak memang mengidap darah tinggi. Agak pemarah emak ni. Semuanya nak kena cantik dan bersih. Saya memang tukang buat sepah...selalunya bebelan emak jadi macam nyanyian di telinga saya. Emak koma selepas darah tingginya melambung naik dan menyebabkan pembuluh darahnya pecah di tengah-tengah otak beliau. June 1997, emak menghembuskan nafas terakhir tanpa regain her conciousness.

Abang Aris, abang saya yang kedua, koma pada tahun 2006. Juga kerana darah tinggi. Kes beliau sama macam emak. Kalau emak ambil masa sebulan setengah, abang Aris hanya seminggu. Kami ditinggalkan pada Mac 2006.

Dua hari lepas, abang Nasir pula dimasukkan ke ICU. Juga kerana darah tinggi yang mengakibatkan stroke. Kini beliau lumpuh separuh badan. Saya umpama melihat wayang ulang tayang...Doktor pakar tunjukkan gambar CT scan dan terangkan segala kemungkinan...Berkampung sekali lagi kami di bilik rehat ICU...Tuhan..selamatkan abang saya ini. Saya tidak mahu kehilangan seorang lagi abang...tolonglah...Dia masih terlalu muda...

Kak Non juga seorang perfectionsit. Kini sedang sakit, tekanan darah yang dok naik turun. Asal stress sikit dia passed out. Kak Wi juga begitu. Apa saja yang menekan dia akan menyebabkan darahnya naik. Adik saya, Epah, yang baru 32 tahun sudah mula menjalani hidup sebagai 'bakal hypertension'. Puncanya, dia seorang perfectionist. Epah mahu anak2nya jadi lebih pandai dari dia yang sentiasa dapat straight As...Epah, Kak Non, Kak Wi, Abang Nasir dan Abang Aris punya persamaan. Jarang nak relax. Sentiasa nak kerja cepat dan sentiasa nak benda jadi perfect.

Tinggal Ulong, Kak Ani, saya dan Anis yang agak relax. Memang rumah kami yang paling comot dan paling tidak cantik. Anak-anak kami tidak ke tuition atau bukan straight As holders. Kerjaya kami juga tidak sehebat yang lain. Duit kami juga yang paling sedikit...Namun, satu yang pasti, kami tidak ada sakit darah tinggi. Kami tidak pernah lagi diserang hypertension. Saya masih boleh seimbangkan kehidupan peribadi dan kerjaya. Yang paling nyata, saya jarang stress...

Dalam keadaan Abang Nasir yang terlantar di ICU ini, orang seperti saya yang masih boleh bertahan menunggunya di bilik rehat, menemankan isterinya, kak We yang setia menemani suami tercinta. Saya juga masih boleh berlari ke Hospital Klang di sebelah malam untuk menemani emak mertua yang kini terlantar di sana kerana leukimia...Kalau saya ni macam Kakak2, abang2 dan adik saya...dah flat...

Berikan aku kekuatan Ya Allah untuk terus memberi semangat kepada mereka yang memerlukan....Amin.

7 comments:

k.d said...

Oh gosh...I'm so sorry to hear about your family. It seems that hypertension runs in the family. The cause can be either genetic or stress related. But to see both parents with strokes and now brothers, that is very sad.

I pray for your health and theirs. Please go for full medical checkup coz most times hypertension has no symptoms at all.

Take care

Suria Klang said...

K.d, thanks a lot. It really relieved my 'stress' in facing this stressing situation.

I've done a thorough medical check-up early this month. Alhamdulillah everything is in a very good situation.

Thanks again.

UMMI AUNA said...

puan, semoga puan tabah dgn segala dugaan...

zamri said...

Salam puan,

Saya sangat suka dengan tulisan ini. Izinkan saya untuk menyalin tulisan puan ke blog peribadi saya.

Diusia 40 an ini, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih sihat. Tiada darah tinggi, kencing manis dan penyakit lain yang kritikal. Seperti yang puan tulis, jaga jangan stress dan saya menambah enjoy dengan hidup ini dalam batasan syariat.

Sekian.

rosnia said...

K Su,

Cakap pasal darah tinggi ni seriau gak sbb mak saya yg dah lama tak de darah tinggi tiba2 kelmarin naik sampai 190. Mak suka sgt manjaga hati ank2, menantu org sekeliling dll walau hati dia lain sebenarnya. Wahai para ibu, cukuplah kalian menjaga anak2 dan bila mereka dah besar biarlah anak2 ini yg menjaga hati kalian. Dia stress tu. Saya setuju ngan K Su, kita kena menjalani dan menghadapi hidup ini dengan penuh ketenangan, dengan kata lain relax, take it easy (remember our Prof). Saya percaya salah satunya ialah dengan mendekatkan diri kpdNya. Ckp senang, nk wat pyh tu. hehe. Tapi Insyaallah.. Anyway, moga abg K Su akan sembuh segera. Amin

LotsOfLove said...

Puan..
Di sebalik kepahitan mesti ada kemanisan, selepas tangis pasti tawa menyusul..
Tabahkan hati, teruskan melangkah..


Love,
-Salvinia Asak-

Suria Klang said...

Zamri,

Besar hati saya kerana sudi menjadikan tulisan saya satu inspirasi. Saya amat berbangga jika ia mampu membantu...

Salvinia,
Jaga diri baik2. Saya tak mahu dengar kamu berada dalam kesusahan.