Tuesday, June 10, 2008

Jadi Juara

Abey, atau Nabil Imran, seorang yang terlalu reserved. Dia jarang bercakap, dan selalunya saya jadi orang pekak bila berdepan dengannya kerana suaranya perlahan dan dia tidak pernah mahu mengulangi apa yang telah diucapkan.

Abey terlalu merendah diri. Mungkin kerana kecemerlangannya dalam akademik yang jauh di belakang atau mungkin kerana kulitnya yang tidak secerah abang kakak dan adiknya...Tapi, bagi saya sebagai ibu, Abey punya aura yang tersendiri. Wajahnya selalunya mengundang simpati dan rezekinya selalunya lebih dari kakak dan abangnya...Ini sesuatu yang tidak diketahuinya...

Abey seorang ahli sukan yang handal sewaktu kecil. Seawal usia lima tahun, dia cekap berenang dan terpilih mewakili Selangor dalam pasukan terjun papan anjal. Namun kerana sikapnya yang suka main2, dia akhirnya berhenti dari sukan tersebut. Dia sepatutnya kuat berlari, tetapi dia malas berlatih. Tahun lepas dia mula main ragbi dan mewakili sekolah, namun selalunya dia jadi Water Boy ataupun linesman...Badannya yang kurus seolah tiada daya untuk menentang lawan...

Suami saya dan Jimie, si abang yang superstar, selalu memperkecilkan kebolehan si Kudut ini. Saya tidak pernah setuju dengan mereka. Bagi saya, Abey perlukan sokongan padu. Dan, sayalah satu-satunya insan dalam hidup Abey yang percaya dia mampu melakukan kejutan.

2008 merubah kisah Abey. Dia menjadi agak rajin ke sekolah, mula mengulangkaji pelajaran dan setiap hari turun latihan ragbi. Dari pemain simpanan/water boy/linesman, Abey menjadi pemain utama. Dia menjadi pemain yang agak kuat dan makin digeruni lawan. Jurulatih dan pemain senior mula bercerita tentang kehebatan Abey. Abey makin berani di atas padang.

Semalam, sukan tahunan SMK Seksyen 7. Abey beritahu saya yang dia wakil rumah merah untuk acara 400 meter. Saya harap dia berjaya. Tapi, saya tidak mahu menaruh harapan yang tinggi.

Saya hampir bersorak sewaktu saya terima sms dari Nabilla, anak sulung saya yang berada di stadium yang mengatakan Abey berjaya mendapat pingat emas acara 400 meter. Jimie, si Abang, seperti biasa berjaya dalam 100 meter dan 4x100 meter.

Akhirnya!!! Abey berjaya menjadi juara...Saya bangga dengan pencapaiannya. Kini dia telah merasa perasaan sang juara. Dari video yang Nabilla rakamkan, Abey tinggalkan pemenang kedua hampir 100 meter di belakang...

Sewaktu saya pulang petang semalam, Abey tidak sabar2 untuk bercerita tentang kemenangannya. Cuma dia tak suka satu perkara..."orang bukan jerit Nabil, orang jerit Adik Jimie!!!!".

Saya pasti tidak lama lagi kedua-dua anak lelaki saya akan menjadi sebutan ramai di sekolah. Kalau Jimie menjadi idaman kerana wajah tampan,pencapaian akademik yang hebat, ahli sukan dan badan yang macho, Abey pasti menjadi terkenal kerana senyum yang menawan, mata yang redup, pelari handalan dan wajah Shah Rukh Khan!!!!

3 comments:

Anonymous said...

hehehe... maksu, ckp dgn abey angah ucap tahniah.. mungkin kalau dulu org tak kenal abey, kini abey menjadi sebutan di kalangan rakan sekolahnya. walaupun dikenali sebagai adik jimie, takpe.. itu dah cukup untuk buat org kenal kita.. mcm angah juga dulu.. masa sekolah, slalu dikenali sebagai adik shahida (along), kdg2 cikgu pun sama juga.. antara dialog biasa.. "adik shahida kan?"
biasanya kita sebagai adik akan dibayangi kehebatan kakak mahupun abg kita.. dan walaupun dikenali sebagai adik shahida..pada angah itu sudah memadai..janji dikenali.. hehehe....

Wandy said...

Tuhan ciptakan manusia itu berbeza-beza sifat. masing2 ada kelebihan & kekurangan. Anak2 juga mempunyai perangai & minat yg berlainan. Sbg parents perlu faham & prihatin dgn situasi ini. Sekarang baru nampak potensi Abey. Berikan galakan & rangsangan.

Suria Klang said...

Thanks to Angah and Iwan. Mak Su amat hargai apa yang u all beri. Abey jadi juara lagi semalam - Cross Straits Rugby under 14. Dia dapat buat the winning touch. Hopefully Abey berjaya...