Sunday, March 20, 2011

Janganlah begitu...

Kenapa dia dihina sebegitu sekali? Hanya kerana dia susah, maka dia menyusahkan? Kenapa Allah jadikan dia susah sedangkan dia sepatutnya tidak susah?

Apakah tidak boleh manusia ini menghadapi kesusahan? Apakah hidup ini sentiasa perlu cerah, terang benderang tanpa mendung atau cahaya yang suram?

Adik beradik adalah orang yang terdekat dengan dia. Darah dan daging dikongsi bersama. Datang dari orang yang sama. Bila dia susah, dia kongsi kesusahannya sepertimana dia kongsi kesenangannya. Namun dia dihina sebegitu sekali.

Sudahlah tidak dibantu, dihina dan dicaci sebegitu sekali. Dijaja dan diusung cerita ke sana ke mari hinggakan si dia hilang harga diri. Sebegitu sekali dia ditelanjangi.

Oleh siapa? Adik beradik

Kerana apa? Dia susah. Dia miskin. Dia papa kedana.

Macammana boleh jadi begitu? Dia bodoh. Dia degil. Dia mengada-ngada.

Habis tu? Rasakan. Biar dia duduk tepi jalan mintak sedekah.

Siapa dia tu? Adik kami tu lah.

Sampai hati tengok dia macam tu? Dia memalukan. Dia miskin. Dia papa kedana. Dia tak de duit.

Kalau dia betul-betul duduk tepi jalan? Padan muka dia. Degil.

Tak malu pada orang keliling? Dia kan adik awak? Kami memang dah malu sangat dibuatnya..

Kenapa tak tolong dia? Awak dan awak dan awak kan kaya? Eh, kami usaha tau untuk dapat apa yang kami dapat ni.... Bukan senang-senang je mintak tolong orang. Dia kenalah usaha.

Tolonglah dia. Dia tengah susah. Waktu dia senang dia tak pernah tolong awak ke? Sebab tu lah kami malu dengan orang. Dia tu pandai. Tapi degil. Ikut kepala dia. Dahle menyusahkan orang sekarang ni.

Oh...tidaklah dia ni menyusahkan awak sejak dulu? Tak...sejak-sejak ni je dia memalukan kami. Miskin. Rumah pun nak kena lelong. Bawak kereta buruk ke sana ke mari. Macam peminta sedekah. Malu kami dibuatnya.

Bagilah pinjam kereta awak yang banyak tu? Tolong sikit.... usahalah sendiri. Jangan senang-senang nak ambik orang punya.

Dah tu....kata tadi awak malu sebab dia bawak kereta buruk? Awak malu sebab dia tak ada duit. Awak malu sebab dia macam peminta sedekah. Kenapa awak tak tanya dia kenapa sekarang ni dia susah? Kenapa awak tak bagi dia pinjam satu kereta awak yang dok parking bawah garaj tu? Kenapa awak tak bagi dia duit supaya dia boleh selesaikan mana-mana yang patut?

Eleh....dia yang cari susah! Nak menyusahkan orang pulak lagi.

Janganlah begitu. Awak kata tadi dia adik awak. Awak dan awak dan awak kan kaya raya. Duit menimbun. Bantulah dia.....

Tak kuasa.....


***********************

Apakah kisah di atas pernah terjadi? Tuhan uji manusia mengikut kemampuan. Apakah ujian hanya datang dalam bentuk kesusahan? Bukankah kekayaan juga satu ujian? Puaskah hati melihat darah daging sendiri dipandang hina hasil dari kisah yang kita sendiri jaja? Astaghfirullahilazim....Tika kaya, manusia disanjung. Tika miskin, hatta darah daging sendiri menghina sebegitu sekali. Apatah lagi orang lain..... Nauzubillah...

*Saya terdengar perbualan antara si polan dan si polan. Tiada kena mengena dengan diri saya atau ahli keluarga saya.....

2 comments:

Dearie Pearls said...

macam2 ragam manusia nie.
walau cmner sekalipun, hulurlah bantuan sikit..
alahai.... lebih sanggup nengok adik sendiri merempat...

aih....

DiaberPalsapah said...

Itulah namanya kehidupan. Kadang-kala ada pasang surutnya. Tp ada satu taboo yg menjadi norma dlm masyarakat kita. Memberi tanggapan hanya dengan sekali pandang...X semua tangan yg memberi itu bersalah dan X semua tangan yg menerima itu x bersalah.. contohnya, tangan yg menerima itu sendiri tidak tahu berterima kasih. Kuman diseberang nampak tp gajah didepan mata x nampak! Dia x tahu yg org disekeliling lah yg banyak menyumbang walau x nampak niatnya! Org yg jauh jugak di sanjungnya.. tidak tahu duduk perkara sebenar sudah diangkat menjadi Yg.Besar.. Apa-apa pun kita dinasihatkan agar banyak2kan bersabar..berdoa..dan menginsafi diri sekali gus merendahkan diri! Nasihatkan diri agar tidak meletakkan persepsi pertama dengan hanya sekali judge..