Wednesday, October 25, 2017

Kuatkan aku.

Seminggu lagi.

Oh Allah. Kau Maha Tahu betapa hatiku merintih sepanjang waktu memohon belas kasihanMu. Sesungguhnya ujian ini terlalu berat bagiku.

Andai diikutkan hati yang lemah ini, aku telah hanyut dibawa keresahan yang menggunung. Senyuman pasti telah lenyap sama sekali.

Apa yang ku lakukan untuk menguatkan hati? Subhanallah... tiada siapa yang dapat menolong melainkan diriku.

Doa dan doa.

Setiap lepas solat fardhu, ku usahakan menghadiahkan bacaan Yassin buat mereka yang berkenaan. Di setiap selang waktu, aku akan pastikan istighfar di bibirku. Ya,  dalam Quran surah Nuh ayat 10 ada menyebut, beristighfarlah. Akan diampuni kita di samping dikurniakan rezeki melimpah. Aku yakin dengan janji Allah.

Ku penuhi juga masa yang ada dengan membaca Quran berulangkali, berbicara dengan Allah, menangis dan berkeluh kesah denganNya di sepertiga malam sambil menetapkan hati dan fikiran untuk terus redha dengan apa yang Allah hadiahkan.

Sukar sekali.

Namun, keyakinanku bertambah setiap kali ku seka airmata yang mengalir deras tatkala aku memohon belas kasihanNya. Hati yang gundah menjadi lega dan hilang lenyap keresahan yang bersarang.

Doakan aku terus kuat menghadapi saat sukar ini.

Tuhan. Aku serahkan semuanya padaMu, untuk Kau atur cara mana semua. Aku yakin di setiap kesusahan akan ada kemudahan. Aku yakin ada hikmah indah di sebalik semua yang berlaku. Aku yakin Kau mendengar permohonanku dan Engkau akan kabulkan apa pun yang ku pinta. Aku yakin Kau tidak akan mensia-siakan aku, Kau ampunkan aku dan Kau terima taubatku. Sesugguhnya Ya Allah, ujian ini semakin mendekatkan aku padaMu.

Lepaskan aku dari kesukaran ini Ya Allah. Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau akan menjadikan kepayahan menjadi mudah apabila Engkau kehendaki mudah. Mudahkan urusanku Ya Allah.


Friday, September 22, 2017

Mindset

Ubah mindset!

Banyak kali dengar. Tak faham. Kenapa? Apa perlunya?

Baru-baru ini saya bertemu dengan seseorang. Dalam pertemuan singkat itu, saya hadam apa yang dia katakan.

Balik rumah sambung buat research. Baca, tanya, semak, soal, telan....

Baru faham.

Belum terlewat. Selagi nyawa dikandung badan.

Saya letak kaki satu langkah di depan.
Saya juga lepaskan tangan yang semakin keletihan kerana memegang beban terlalu lama.
Saya serahkan semuanya kepada Dia.

Saya kosongkan minda.
Hanya Dia yang hadir dalam setiap denyut nadi saya.
Namanya semakin saya ulang
Ulang dan ulang.

Biarkan saja apa yang telah berlalu
Jika salah, mengaku salah
Jika benar, Dia akan tunjukkan.
Otak jangan diserabutkan.

Kenapa tetapkan minda mahu RM10,000 kalau boleh dapat RM100,000?
Orang lain boleh buat
Kita bagi alasan macamlah kita penentu segala.

Maka, saya ubah mindset.
Jika sekarang setahun RM180,000
Esok
Sebulan RM180,000
Setahun RM2.16juta

Kalau tak dapat pun, sekurang-kurangnya saya mencuba
Tidaklah asyik meratapi nasib
Dan merasa sakit sentiasa dengan keberadaan orang.

Berikan kepadaku kekayaan di dunia dan akhirat, Ya Allah.
Jadikan daku seperti Khadijah
Isteri solehah
Yang amat dikasihi suami
Kaya berharta
Malah dijamin syurga.

Tuesday, September 19, 2017

Elysyle, El Marino Blanc dan usia setengah abad

"You pakai produk apa ye? Kulit you cantik. Cerah bersih. Basah je nampak."

Bila dengar ucapan seperti ini ditujukan kepada kita, apa yang kita rasa? Besar hati kan?

Saya bukan seorang yang pedulikan kecantikan. Jauh sekali bermekap dan bersolek.

Namun, kerisauan tetap melanda melihat kulit wajah yang makin kusam dan mula kelihatan tompok-tompok hitam jeragat memenuhi wajah.

"Salah aku lah yang tidak menjaga anugerah Allah ini."

Makanya, saya akur dengan set penjagaan wajah dan makanan tambahan untuk kulit. Alhamdulillah, saya jumpa produk yang berkualiti, siap dengan pengiktirafan, terjamin keselamatan dan hasilnya amat memuaskan.

Untuk penjagaan wajah, Hajjah Kama rekomen produk Elysyle. Yang paling WIN ialah mesin Eternal Beauty (EB) yang mempunyai teknologi untuk menaikkan kulit wajah tanpa pembedahan, memecahkan lemak dan menghapuskan bakteria di kulit yang menyebabkan banyak bintik-bintik yang menyemakkan.

El Marino Blanc pula ialah makanan tambahan yang berupaya merawat kulit dari dalam, membaiki DNA kulit untuk menjadikannya cerah, padat dan licin. Produk-produk ini penuh dengan khasiat dan pastinya akan membuat semua gembira.

Di usia setengah abad, kami masih segar dan bertenaga. Kulit kami juga setara dengan kulit orang muda.

Percayalah...

Sunday, September 17, 2017

Hubungan antara pekerjaan dan rezeki

Ramai antara kita menganggap bahawa bekerja itu sumber rezeki. Lagi kuat kita bekerja, lagi banyak rezeki yang masuk. Andaian kita adalah terdapat hubungan terus antara pekerjaan dan rezeki.

Tiada yang salah dengan andaian ini, hanya tersasar sedikit.

Apabila kita bekerja, ganjaran yang kita dapat ialah gaji bulanan. Dengan gaji tersebut, kita biayai kehidupan kita sekeluarga. Setiap hari kita keluar rumah menuju ke pejabat sambil berkata, "aku keluar mencari rezeki." Di sini, rezeki tersebut ialah gaji/upah/imbuhan yang kita perolehi.

Sebenarnya, bekerja itu ialah ibadah. Ia satu kebaikan yang dilakukan semata-mata kerana Allah. Ada ganjaran yang Allah sediakan atas segala kebaikan yang kita lakukan. Gaji pula ialah imbuhan atau upah atas kerja yang dilakukan. Kita lohat di sekeliling kita betapa ramai manusia yang bekerja bertungkus lumus pagi petang siang malam, namun kehidupan mereka masih lagi susah. Sedangkan ada yang buat kerja beberapa jam sehari, namun kehidupan amat mewah.

Kadang terdetik di hati, "awat la susah benar nak dapat rezeki?"

Rezeki ini kurniaan Allah. Ia telah ditentukan sejak kita dicipta dan ia meliputi semua - bukan setakat gaji yang kita terima, segala apa yang Allah kurniakan termasuk persahabatan, kesihatan, pekerjaan, udara, dan segalanya.

Dalam situasi ekonomi yang merudum ini, ramai di antara kita yang tidak menerima gaji atas kerja yang kita buat. Setiap hari pergi ke pejabat melakukan kerja dengan tekun, namun tiada gaji di hujung bulan. Saya adalah antara mereka yang berada dalam situasi ini.

Banyak yang tidak dapat kita lunaskan bila tiada pendapatan. Tunggakan demi tunggakan bayaran ansuran, hutang makin menampuk hari ke hari dan semangat makin luntur.

Apakah tiada rezeki buat insan seperti kami? Allah hu Akbar. Sesungguhnya kami hanya tidak menerima gaji dari majikan. Tetapi rezeki dari Allah  masih melimpah. Dengan kasih sayang sabahat handai dan saudara mara yang tidak pernah bertepi, kesihatan yang baik, suasana kerja yang harmoni, makanan yang sentiasa tersedia di atas meja.... banyak lagi.

Lalu bagaimana harus saya lakukan untuk keluar dari kesulitan ini? Doa, doa dan doa. Setiap masa. Dalam pada beristighfar tanpa henti, di selang waktu, saya berdoa. Bukan hanya untuk saya malah untuk semua mereka yang senasib dengan saya.

Eh! Tidak cukup sebenarnya  dengan doa.

Usaha. Selain dari berusaha mendapatkan dana untuk syarikat, saya perlu mendahulukan keluarga saya. Makanya saya berusaha dengan cara menjual perkhidmatan dan produk yang diperlukan. Menyertai kumpulan yang aktif dan sentiasa positif merupakan pendorong kepada aura positif yang masih menyelubungi hidup saya.

Saya tidak ragu dengan janji Allah, saya hanya takut hati saya terpedaya dengan bisikan syaitan. Istiqamah beristighfar dan berdoa, di samping terus yakin menjalankan usaha yang diberkati, selainnya, serahkan kepada Allah. Dia sebaik-baik pentadbir.

"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Dia yang Maha Agung dan Maha Lemah Lembut.
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Dia yang memiliki arasy yang Agung.
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Dia yang memiliki langit dan bumi dan arasy yang mulia."

Moga dipermudahkan.




Wednesday, September 13, 2017

iElken Pilihan Terbaik.

Kama dan Haji menerangkan secara terperinci bagaimana iElken telah membawa mereka kepada kejayaan dalam perniagaan MLM. Telah berada di pasaran sejak 22 tahun lalu, ia terbukti sebuah syarikat "homegrown" yang kuat foundationnya.

Apa yang dimaksudkan dengan kuat foundationnya?

Produk yang bermutu tinggi - most-sought-after, internationally recognised, melepasi kesemua ujian-ujian kesihatan, mampu-milik, memberi hasil terbaik seperti dikehendaki dan banyak lagi. Selain dari produk, Elken juga mempunyai pelan pemasaran yang konsisten, utuh dan amat dipercayai.

Side track sikit - ada satu MLM yang saya sertai sebelum ini, Senang cerita, sebelum kita masuk, penerangan tentang pelannya begini. Setelah kita melabur dengan membeli produk dan mula membina jaringan / network, pelannya berubah. selepas beberapa bulan, ia berubah lagi. Malah harga pakej pengenalan dan % bonus/komisen juga sentiasa berubah. Paling mengecewakan bilamana kumpulan yang saya bina bersama rakan-rakan saya dipindahkan ke upline saya dengan alasan saya sentiasa sibuk. Membership saya juga ditamatkan sebelum sampai tempohnya. (Hmm... untuk rekod, syarikat tersebut sudah berkubur tanpa batu nesan).

Berbeza dengan iElken.

Kita sertai syarikat ini sebagai Brand Ambassador (BA), dengan membeli pakej pengenalan. Ada silver dan gold. Harga antara RM800++ hingga RM1,700++. Kemudian kita boleh upgrade kepada Platinum atau Diamond dengan membeli produk sebagai Auto Maintenance Package (AMP). Maksudnya, kita "pre-paid" lah untuk 6 bulan akan datang.

Banyak ganjaran yang diperolehi dengan memilih pakej yang kita perlukan. Sesuai dengan usia, saya dan Boss lebih memilih produk kesihatan.

Antara pakej yang paling mengagumkan saya ialah Mobile Spa Owner. Dengan modal serendah RM3,800++, kita sudah boleh miliki sebuah spa bergerak. Teknologi yang digunakan dalam produk penjagaan kulit dan wajah mampu memberi hasil yang cukup memberangsangkan. Produk yang selamat dan tidak memudaratkan, akan menambahkan rasa confident kepada si pemakai. Ramai yang berjaya mendapat pendapatan belasan ribu ringgit sebulan dengan beroperasi sebagai mobile spa owner sepenuh masa.

Fakta: wanita tetap mahu kelihatan cantik walaupun sedang sakit.

Bagaimana dengan pendapatan? Bukankah niat asal menyertai perniagaan ini adalah untuk menjana pendapatan lumayan?

Benar. Selain pendapatan melalui perkhidmatan mobile spa, kita juga berpeluang mendapat pendapatan melalui networking. Bila ada pelanggan yang berpuashati dengan produk, mereka akan berminat untuk memiliki sendiri produk tersebut. Mereka inilah yang akan menjadi downline kita. Dalam masa sama, kita juga akan mula menaja mereka yang mahu menjadikan iElken sebagai perniagaan mereka tanpa pengkhususan dalam produk yang mereka mahukan.

Ada dua jenis bonus yang akan diperolehi bila kita ada downline:-

i. Welcome bonus - 15%
ii. Team bonus - 10% dan boleh pergi sampai 5th level

serta beberapa bonus lain mengikut pangkat.

Saya dan Boss amat berbesar hati untuk berkongsi dengan kawan-kawan yang berminat menjana pendapatan melalui rangkaian perniagaan ini, dan saya akan pastikan kawan-kawan saya memdapat bimbingan secara personal dari top leader iElken seperti Haji Jamaluddin dan Hajjah Kamariah. Sesiapa yang berada di negeri Johor dan Singapura, kami berada dekat dengan kalian!

Haji dan Kama

Kisah kami dan MLM diteruskan dengan perbincangan yang lebih serius. Boss kemudiannya mengikuti kelas yang dikendalikan oleh seorang leader hebat. Dia bukan hanya pandai sebagai motivator tetapi dia sendiri sudah berjaya dalam bidang MLM ini dengan janaan pendapatan yang cukup lumayan.

Kami berbincang dengan terperinci kemungkinan menyertai perniagaan ini. Kebetulan saya sentap dengan seseorang. Dia anggap saya staff sedangkan saya pelanggan.... Kacau betul... habis semangat saya ditebas. Apapun, saya jadikan itu pengajaran.

Satu hari, Kama dan Haji berkunjung ke rumah kami. Seperti biasa mereka tidak membuka mulut tentang MLM. Kami bercerita tentang hal anak-anak. Sebaliknya, saya yang mula bertanya tentang perniagaan ini.

Berceritalah mereka tentang apa yang mereka lakukan, sebelum, semasa dan selepas menceburi perniagaan ini. Saya pandang wajah Boss. Cuba mencari jawapan.

Akhirnya saya bersuara;

Selama ini saya sertai pelbagai jenis MLM kerana mahu menjaga hati kawan. Lebih pada nak shut dia supaya dia tak kacau saya lagi. Upline saya yang nombor entah ke berapa. Saya nak mohon maaf kepada Haji dan Kama kerana berburuk sangka. Setelah beberapa bulan kita jumpa balik, tak pernah sekali pun kalian ajak kami join MLM ni.

Kami hargai usaha kalian berdua yang tidak pernah jemu menggandakan usaha dan telah terbukti kejayaan yang kalian kecapi bukan hanya anganan kosong, tetapi realiti. Saya kagum dengan apa yang kalian dah buktikan, dan kami berdua mahu bersama dalam bisnes ini. Rugi betul saya kerana orang yang amat berjaya dalam MLM berada begitu hampir dengan kami, bersedia memimpin kami, tapi kami deny. Malah berprejudis dan buruk sangka. Walhal pejabat pun depan rumah je. Mudah sangat semuanyaz

Haji pandang muka Kama dan masing-masing ketawa besar.

InsyaAllah. Semua pun dengan izin Allah. Ini tahun ke 15 kami dalam rangkaian Elken ini. Alhamdulillah apa yang kami ada lebih dari cukup untuk kehidupan kami sekeluarga. Kalau Su dan Naha rasa kami layak untuk jadi coach you all, kami terima dengan besar hati.

Esok, datanglah ke pejabat Elken. Kami ada di sana, kita register dan saya terangkan balik marketing plan dan produk-produk Elken.

Begitulah ia bermula. Haji Jamaluddin dan Hajjah Kamariah menyertai Elken pada tahun 2002. Selepas 3 tahun, mereka menyertai challenge menjadi Jutawan Elken - tempoh yang diberi 36 bulan. Mereka adalah melayu pertama menjadi Jutawan Elken yang bermaksud pendapatan terkumpul dari Elken selama 36 bulan mencecah RM1juta.

Kini mereka constantly mendapat pendapatan puluhan ribu sebulan dan telah melancung secara percuma ke serata dunia dengan Elken sebanyak 40 kali! Mereka juga berjaya memiliki rumah dan kenderaan-kenderaan mewah dan hidup bebas dari tekanan hutang.

Saya percaya.




Tuesday, April 25, 2017

Multi Level Marketing

Ramai yang allergic dengan perkataan MLM.

Saya pun.

Sejak menetap di JB, kami berdua punya banyak masa. Maklumlah, tiada saudara mara dan sahabat handai yang tinggal berhampiran. Tiada banyak aktiviti selain pergi balik kerja dan hantar ambil Aman.

Boss mula resah bila tidak dapat menjalani kehidupan biasanya yang sentiasa "on the move". Fikirannya asyik melayang ke Shah Alam. Hatinya pula kasihan melihat saya sendirian di sini.

Satu hari, saya menyambut pelawaan sahabat lama di universiti dulu untuk bertamu ke rumahnya. MasyaAllah gembira sungguh Kama dan suaminya Haji menyambut kami. Lebih 30 tahun terpisah, kami dipertemukan semula dalam suasana yang penuh bermakna.

Melihat kehidupan mereka berdua, boleh disimpulkan bahawa mereka amat berjaya dalam bidang yang mereka tempuhi. Sembang punya sembang, rupanya sudah 15 tahun mereka berdua menceburkan diri dalam perniagaan MLM dan mereka antara beberapa orang jutawan melayu yang telah dihasilkan.

Satu yang saya suka tentang mereka ialah mereka tidak langsung cuba mengajak kami nenyertai mereka. Dan yang paling kami kagum ialah mereka begitu merendah diri. Tidak ada langsung gaya jutawan. Amat berbeza dengan kawan-kawan kami yang lain.

Selang beberapa minggu lepas kunjungan kami, Boss beritahu dia terjumpa Haji di Masjid. Lepas tu jumpa di Celcom. Lepas tu jumpa lagi di Masjid lah, di stesen minyak lah... mulalah prasangka buruk melanda hati...

"Haji stalk Abang tu! Nak ajak join MLM!"

Punyalah busuk hati ni.... syaitan dok bisik-bisik, pastu percaya!

Allah hu Akbar.

Satu hari, Kama ajak saya hadiri kelas online yang dianjurkan oleh MDEC di training center MLM ni. FOC. Saya beri nama Boss sebab saya perlu berada di pejabat.

Boss berkesempatan duduk sebelah Haji di sepanjang kursus berlangsung. Sesuai la dengan usia, "lambat benar nak pick-up", kata Boss.

Balik dari kursus, Boss beritahu yang downline Haji dah lebih 4,000 orang. Maka saya pun mencongak,

Andai kata Haji ni stalker, berapakah peratusan impak kehadiran kami dalam kumpulannya? 1:4,000 = 0.00025. Langsung tiada impak!!!! Hahahaha!!! Berangan la kau Suria! Kau ingat kau hebat? Tanpamu pun mereka berdua dah cukup berjaya!




Wednesday, April 19, 2017

Perniagaan Takaful

Selain menguruskan perniagaan sebagai Pengedar Negeri produk Parluv, Boss juga meneruskan usahanya sebagai ejen takaful am dan keluarga dengan Zurich Takaful di bawah NMZ Risk Management.

Tidak mudah untuk memulakan sesuatu di tempat baru. Tidak ada yang dikenali, nak main terjah saja maknanya cari pasal. 

Boss sertai jaringan usahawan Muafakat Johor (JUM) untuk menambahkan kenalan di samping mencari peluang perniagaan.

Setakat ini sudah ada syarikat yang membeli polisi dari Boss. Tak banyak amaunnya, tapi kami pasti ia akan bertambah hari demi hari. Yang penting, kami teruskan usaha keras tanpa jemu.

Banyak faedah yang keluarga kita akan perolehi jika kita memiliki polisi takaful ini. Antaranya ialah sebagai pengganti pendapatan. Bayangkan kemungkinan kita kehilangan pekerjaan akibat sakit yang tidak memungkinkan kita cergas bekerja - seperti sakit jantung, stroke, kanser, buah pinggang dan macam-macam lagi. Nauzubillah. Moga dijauhkan kita dari semua penyakit tersebut. Namun kenyataannya setiap hari kita mendengar ada ahli keluarga kita yang sedang menderitai penyakit-penyakit tersebut, tak kira usia.

Sekurang-kurangnya, pendapatan kita tidak akan terjejas. Anak-anak masih berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, rumah, kereta dan belanja bulanan masih boleh dilunaskan, belanja perubatan masih boleh dibiayai. Yang paling penting, simpanan tidak terusik. Andai kita pergi tinggalkan keluarga, duit takaful tidak akan difaraidkan jika kita pilih untuk jadikannya sebagai hibah. Tidak lah merana anak-anak dan isteri nanti. Bab susah, tiada siapa mahu membantu. Bila aa sedikit harta, semua pakat menuntut hak. Ia sering terjadi. Bukan sesuatu yang asing.

Perlindungan takaful juga merangkumi rawatan hospital (medical card), kemalangan diri dan harta benda serta  hilang upaya.

InshaaAllah kami akan masukkan juga perkhidmatan wasiat dan saham amanah dalam perniagaan ini nanti. 

Wednesday, April 12, 2017

State Distributor PARLUV

Selepas tiga bulan menetap di JB, kami mula restless. Perjalanan syarikat tidak seperti yang dirancang dan diangankan. Kami kebuntuan sumber kewangan.

Boss mula resah dan merancang untuk pulang semula ke Shah Alam untuk menguruskan kedai. Tinggallah saya dan Aman berdua di rumah kecil yang sejuk. Bersendirian tanpa dia sesuatu yang amat menakutkan. Saya kena fikir tentang satu usaha lain.

Kami mendapat peluang yang kami kira keemasan. Seseorang menghampiri dan kami menerima dengan tangan terbuka. Perjanjian ditandatangani. 

Sekian banyak wang dilaburkan. Tidak banyak buat orang lain, tetapi bagaikan segunung emas buat kami. Kami mula menjaja cerita di laman sosial, Whatssap group dan orang perseorangan.

Seorang rakan baik kami yang berniaga di Pasar Tani Larkin, Johor Bharu, menawarkan tapak niaga untuk kami mempamerkan barangan dagangan. MasyaAllah! Besar hati kami. Moga Allah kurniakan syurga sebagai ganjaran kepada kebaikannya.

Setiap Sabtu kami berpanas di pasar tani. Dalam masa sama, produk yang kami pasarkan sampai ke Kota Kinabalu, Klang, Ipoh dan Shah Alam. Bila ada aktiviti, Boss tidak lagi mengeluh bosan. Paling menggembirakan, tiada lagi rancangan untuk balik Shah Alam dan tinggalkan saya sendirian.

Kami masih dalam pencarian stokis dan ejen di seluruh negeri Johor. Pelaburan awal yang rendah untuk mendapat pulangan yang tinggi!

Nota:
Parluv adalah brand kepada dua jenis produk - minyak wangi dan set penjagaan kulit. Ada 10 bauan minyak wangi untuk lelaki dan 10 lagi untuk wanita. Setakat ini ada sabun pencuci muka dan serum dalam set penjagaan kulit.




Tuesday, April 11, 2017

Hijrah ke Johor

Open Heart
Open Mind

Dua perkara penting yang diajar oleh Coach Dr Grace Chung di Seoul Korea.

Sekitar bulan Jun 2016, saya menerima panggilan dari dia. Waktu itu saya sedang sibuk menguruskan booth promosi Raya di Kompleks PKNS. MasyaaAllah kesibukan begitu luarbiasa kerana kami tidak menggaji sesiapa di sepanjang 40 hari promosi. Kami 5 beranak berhempas pulas menjaga booth, menguruskan stok, menjaga kewangan dan pastinya menjual.

Alhamdulillah. Jualan sepanjang promosi raya 2016 memang wow! Apapun, ia hanya tinggal kenangan.

Balik kepada kisah dia. Saya namakan dia RP.

Kami bertemu seminggu lepas hariraya di Brickfields. Dia yang saya kenali sejak hampir 10 tahun lau, rupanya kini sehelai sepinggang. Dulu? Amat kaya.

Dia kehilangan hampir seluruh hartabendanya, termasuk syarikat-syarikat besar miliknya dalam masa dua tahun. Empayarnya ranap bersama ranapnya industri minyak dan gas.

Saya lupakan yang lain.

Yang saya mahu ingat hanya ini:

"I have lost everything but I still have my life. God will never do this without reason. I have to try my best with this short life of mine so that I will die peacefully."

Selainnya ia jadi sejarah.

Dalam keadaan yang masih tidak pasti, saya terima lamarannya untuk menerajui syarikat ini sejak lebih tujuh bulan lalu. Pelbagai cabaran yang saya hadapi sepanjang berada di perantauan ini, namun saya pasti perancangan Allah adalah yang terbaik buat kami.

Kisah saya dan syarikat ini juga bukan sesuatu yang mahu saya ceritakan. Ia akan saya simpan sendiri.

Apa yang mahu saya rekodkan di dalam "My Story" ini adalah kisah benar tentang penglibatan saya dan suami dalam satu "new venture', sekurang-kurangnya kepada kami berdua.

Di tempat baru, kami tidak berteman. Sedara mara jauh sekali. Hiduplah kami dalam kesepian, pergi balik kerja, lepas tu duduk di rumah. Hiburan kami adalah gurau senda Aman dan kami berdua. Hanya itu.

Takdir Allah, kami dipertemukan kembali dengan sahabat-sahabat universiti yang begitu prihatin. Lalu kami berkawan-kawan, sambil saling mengunjungi.

Benarlah kata orang, orang Johor ni silaturrahim dia dahsyat....