Tuesday, October 30, 2007

MC Hari 02

Saya x mahu bosan hari ini..... azam!

Awal pagi Dr Kamil bagi sms... suami D meninggal dunia... Aduh...sedihnya saya. Saya browse blog D. Rupanya Mr D baru 38 tahun...dan dia pergi di harijadinya, di UK. Jauh dari sanak saudara.... Ya Allah. Kuatkan D.... Biarpun x mengenalinya, saya rasa dekat dengannya...

Kemudian saya teringat azam saya. Hari ini saya x blh bosan. Saya pun mula ammend modules saya untuk semester akan datang. Tiba2 saya dapat ilham. Alhamdulillah.

Saya capai handphone dan hubungi Dr Kamil. Sepantas kilat dia membalas : Setuju. Syukur.... ada hikmah di sebalik kejadian. Saya pun mula mendail beberapa nombor dalam phonebook saya. Satu persatu jawapan saya terima.... setuju.

Insyaallah projek saya akan mula berjalan dalam dua tiga hari ini. Saya akan jadikan hari-hari yang datang indah2 belaka...

Abo? Dia tidak lagi mengacau saya macam semalam. Mak, Rozi dan anak2nya datang menziarah. Petang tadi saya ikut suami ke Royal Military College. Hantar borang Jimie. Lepas tu ke DEMC. Kak Non sakit di sana, darah tinggi, kencing manis dan ada masalah nerves. Harapnya cepat sembuh.

Jimie sibuk dengan boot baru. Adidas...mak oiii...mahalnya. Kopak mama, yang! Esok dia ada tournament MSSS under 15. Minggu depan dia ada Canterburry Open. Aim dia nak jadi state player....Anak bujang sorang ni tengah bersemangat... harapnya berjaya.

Malam ni kena siapkan budget Business Idea Competition.... Kerja jugak gamaknya tengah2 MC ni!

2 comments:

Anonymous said...

heheheh...at least mak su dpt buat keje lain,yg bukan keje opis..relax sikit..hehhe..kim salam bak i yer..dan cakap dgn jimie "good luck".. - angah

Suria Klang said...

seronoknya dapat sembang dengan angah hari2.... jimi tidur di asrama cobra hari ni. Tadi dia menang 2 game and kalah satu. Esok dpt msk next round. Hopefully dia dapat jadi juara.... ANgah sihat ke? Uda x paham camne kita blh communicate thru internet.... Pening dia bila maksu beritahu pasal blog... Apa tu???? Tanya Uda... Mak Tok, fenin....