Monday, May 26, 2008

Rindu

Dalam kekalutan menyiapkan banyak assignment di pejabat, tiba-tiba hati saya terasa rindu. Ramai yang saya rindukan. Banyak peristiwa yang saya rindukan.

Saya terima panggilan dari bekas pelajar. Pastinya ingin meminta saya menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi di tempat kerja...Ahh... Saya rindukan pelajar-pelajar saya. Saya ingin sekali bergelak ketawa dengan mereka.

Sambil cuba menyiapkan kerja2 yang agak sukar (saya sedang membuat bidaan untuk mengambil alih syarikat...memang susah!), saya mendapat panggilan dari Syikin, teman lama di Alcatel. Syikin bertanya khabar dan kami bertukar cerita tentang anak masing-masing...Lega sikit rasanya.

Tapi, dalam ramai2 yang saya rindukan, saya amat kehilangan Asma Rina Abdul Rahman. Saya sedar kini dia adalah teman, adik, jiran dan semuanya... Kehidupan saya cukup sunyi sejak perpisahan kami. Dua tahun bukan tempoh singkat buat kami yang pergi dan balik kerja sama-sama, di pejabat, kami duduk bersebelahan. As tidak pernah menghampakan permintaan saya. Tidak sekali pun dia membantah nasihat dan kata2 saya...Kami kongsi kesedihan dan kegembiraan bersama2...

Aaahhhh...emosionalnya saya! Ini akibat dari tekanan kerja lah ni!!!!

2 comments:

azlanlin said...

Biasanya, dalam tempoh "berlari" mengejar masa, kita terlupa apa yang telah ditinggalkan di sepanjang laluan larian kita...

Setelah berehat menghilangkan lelah, barulah teringat beberapa "perkara" yang dipandang enteng telah ditinggalkan... Biasakah kita sebegitu rupa atau kita memang sebegitu rupa....

LotsOfLove said...

..Rindu Adalah Anugerah..
Kala berjauhan barulah kita menyedari betapa akrabnya kita dengan sahabat.. Dan terjahan rindu itu semakin memukul bila segala kenangan hadir mengisi ruang minda..