Thursday, May 29, 2008

Shah Alam

Saya memilih tinggal di Shah ALam kerana banyak sebab. Paling utama, keselamatan. Kedua, bandar terancang. Ketiga, moden dan mudah. Bukan kerana ia tempat orang kaya atau orang kurang kaya.

Sepuluh tahun menetap di rumah sendiri di Shah ALam menyaksikan banyak peristiwa yang menarik dan kurang menarik. Anak-anak saya mendapat didikan yang baik di sini. Ketiga-tiga mereka ke SK Raja Muda Seksyen 4, SRA Seksyen 3 dan kini di SMK Seksyen 7. Semua ada di Shah Alam melainkan panggung wayang, lounge, kelab malam, rumah urut dan tempat-tempat maksiat lainnya. Itu menambahkan sebab kenapa saya yakin Shah Alam adalah tempat selamat untuk membesarkan anak2 saya..

Namun, kejadian jenayah makin hari makin banyak di Shah Alam. Saya agak tidak peduli dengan situasi ini kerana ianya tidak mengganggu saya sangat. Arwah ayah mertua saya pernah disamun dengan sejumlah wang yang banyak di hadapan rumah kami pada tahun 1998. Rumah saya pernah dimasuki pencuri pada tahun 2006 sewaktu kami keluar bekerja dan anak-anak ke sekolah. Habis dipunggahnya seluruh isi rumah, hilang emas-emas saya yang cuma seurat dua berserta koleksi kereta Tamiya Jimie dan tabung kesayangan Nabilla. Sebuah tong gas saya yang penuh berisi juga dicuri..ianya terletak betul2 di sebelah pintu masuk...Agak terpencil jenayahnya...

Namun, apa yang berlaku dalam dua bulan kebelakangan ini di kejiranan kami agak mengganggu saya. Bermula dengan kehilangan kasut2 para jejaka dari dalam rak kasut kami. (Pencuri tahu kasut wanita tidak ada harga). Kemudiannya, Abey kena samun dalam perjalanan ke sekolah, dipukul dan ditendang serta diacukan pisau.

Pagi tadi, kami dikejutkan dengan satu lagi kejadian yang menyakitkan hati. Cermin belakang kereta buruk kami dipecahkan dan seluruh kereta digeledah. Walaupun tiada apa yang hilang, kami kena keluar duit untuk baiki cermin yang pecah! Sakitnya hati..

Abey kata, "pindah je la Ma."

Suami kata, "kereta ni merajuk sebab kita tak nak dia lagi".

Saya kata, "ini tandanya keadaan moral masyarakat kita sudah terlalu rendah. Makin susah nak dapat duit sekarang ni. Cara mudah, mencuri! Moral rendah kerana desakan ekonomi yang semakin parah!"

Suami saya dan Abey saling berpandangan. Tak paham!!!

2 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... hidup dan kehidupan... ada orang yang menggunakan peluang dan kesempatan walaupun secara yang tersasar demi kelangsungan kehidupan...

:: jiran dan kejiranan MUNGKIN semakin menipis di kalangan kita... dan RUKUN TETANGGA perlu mempertingkatkan segala usaha...

fs home security said...

psang lah cctv untuk keselamatan ahli keluarga anda..