Thursday, May 8, 2008

Redha

Seluruh keluarga suami saya sedang berada dalam tekanan kini. Situasi yang sukar terpaksa dihadapi disebabkan keadaan emak mertua saya. Doktor sudah memaklumkan apa yang bakal terjadi, dan kami kini redha dan pasrah.

Dua hari dua malam saya berada di sebelah katil beliau. Saya terharu dengan kekuatan mentalnya. Dalam keadaan yang cukup lemah (sudah hampir seminggu tiada makanan yang dapat dimakannya, hanya air masak dan susu), dia juga sudah tidak boleh bercakap, namun dia mampu menghabiskan surah2 yang biasa dibacanya mengikuti bacaan saya. Bukan calang-calang surah, tetapi Yassin, Al-Mulk, Waqiah dan surah Rahman... Mengalir airmata saya melihatkan kesungguhannya. Suaranya kuat ketika melafazkan ayat-ayat indah itu. Selepas habis dia bertasbih, dia minta air masak dari saya. Yang paling menarik bila dia kata "Manisnya air ni....!". Subhanallah...

Dalam duka ada gembira, Abang saya hampir sembuh kini di SMC. Tangan dan kaki kirinya sudah boleh digerakkan. Pertuturannya semakin jelas dan dia tidak lagi terlupa2. Saya amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana kurniaanNya yang tidak terhingga.

Saya kembali ke pejabat hari ini. Hampir kesemua saudara mara dan anak cucu emak berada di sampingnya kini. Ketiadaan saya tidak akan dirasai....Seperti biasa, banyak yang menunggu dalam mailbox. Namun, saya cukup terharu dengan Boss saya, CEO handsome yang begitu memahami. Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi seorang pekerja selain dari perhatian yang diberikan oleh seorang CEO kepadanya. Saya doakan dia sentiasa berjaya dan bahagia dunia dan akhirat. Itu saja yang mampu saya berikan.

Doakan saya terus tabah menghadapi keadaan sukar ini....

4 comments:

Ummi365 said...

Suria,

Salam kenal. I bloghop from bakpo. Read all your previous entry. Ummi doakan supaya Suria dan keluarga diberi kekuatan dalam menempuh dugaan dariNya. Sesungguhnya dugaan itu untuk menjadikan kita lebih beriman kepadaNya.

Pak Ngah: said...

:: salam... begitulah kita... sihat lawannya sakit... muda lawannya tua... dan sewajarnya kita berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNYA...

Pak Ngah: said...

:: salam... selamat hari ibu...

Suria Klang said...

Terimakasih buat Ummi dan Pak Ngah yang mendoakan saya. Saya akan sentiasa menghargainya.

Selamat Hari Ibu buat semua.