Hujung minggu yang baru lalu saya ke Plaza Alam Sentral (PAS) di Shah Alam. Saya meninjau-ninjau handphone yang dipamerkan di Tingkat 3. Seorang jurujual bernama Ah Wai menawarkan harga yang cukup menarik bagi handphone Sony Ericsson W810i. Abey berangan memiliki handphone itu sejak sekian lama.
Saya meminta Ah Wai menulis di kad namanya harga yang ditawarkan kepada saya dan berjanji akan datang semula pada hari Isnin malam. Ah Wai cukup gembira dan berharap saya mengotakan janji saya.
Selepas beberapa rundingan dengan suami dan Abey, semalam saya mengunjungi kiosk Ah Wai. Saya dapat rasakan betapa gembiranya Ah Wai melihat saya. Dengan muka yang agak muram kemudiannya dia memberitahu saya bahawa dia telah melakukan kesilapan sewaktu menulis harga handphone yang saya inginkan - perbezaan harga ialah RM100!.
Saya hanya diam tanpa membantah sambil saya perhatikan tangan Ah Wai sibuk menyiapkan handphone tersebut. Saya juga telah standby dengan 'harga baru' yang mungkin Ah Wai kenakan kepada saya.
Namun, Ah Wai adalah seorang peniaga Cina yang berpegang pada janji. Dia langsung tidak menaikkan harga yang telah ditawarkan kepada saya.
Saya gembira kerana berjaya membelikan anak saya handphone dengan harga murah, Abey gembira kerana dia berjaya juga akhirnya mendapat handphone yang menjadi idamannya dan Ah Wai tentunya gembira kerana saya tidak hanya membeli satu handphone darinya. Sudah pasti saya akan terus mengunjungi kiosk Ah Wai pada bila-bila masa saya perlu membeli handphone....
Sebagai peniaga, saya belajar dari Ah Wai tentang 'customer retention'...
3 comments:
bapaknya bila nak belikan...mungkin tu kedai yang sama i dan cipan pegi 3 hari lalu
regards harrykhairi@gmail.com
Hai Khairy, Apa khabar? Camana boleh singgah ke blog i ni? Thanks a lot....
Bapaknya boleh beli sendiri...hehehe
i semua blog i masuk terutama blog politik...dan sambil tgk juga blog-blog lain ...i dah baca blog u since 3 months yang lalu dan mention pada liza....dia ni sibuk sokmo...tapi dating kami berdua tetap berjalan dgn lancar..oh ye 13th may ni our aniversery yang ke 18..doakan semoga kekal ke akhir hayat dan kepada u n nahar juga begitu..wasalam
Post a Comment