Tuesday, May 27, 2008

Modennya kita!

Saya dan suami berjanji dengan Tahir, sahabat kami dari UK, untuk bertemu di Subang Parade petang semalam. Kami sampai dulu dan kami pun duduklah di Mc Donald.

Saya memerhati sekeliling. Ramai yang bergegas ke hulu dan ke hilir, mungkin berebut masa untuk pulang ke rumah selepas seharian di pejabat. Ada pasangan anak-anak muda yang mungkin sedang bercuti semester mengambil peluang bercinta di khalayak ramai. Macam-macam gelagat yang saya perhati.

Sesekali saya pandang suami di depan yang sibuk membalas sms atau entah buat apa. Bosan memerhati, saya ambil handphone saya dan mula melakukan maintenance. Main game lah...kata hati saya.

Tiba2 kami dikejutkan dengan ucapan salam dari Tahir. Kami berdua serentak memandang ke arah Tahir.

"Apa dah jadi dengan dunia ini? Suami isteri duduk mengadap satu sama lain tapi masing2 sibuk dengan toy?"

Tersipu kami dibuatnya. Ye lah... kami sibuk dengan handphone kami sampai lupa nak bersembang...

"Suria, kalaulah you tau camana sedihnya Anom di UK without me now? Berjauhan dari keluarga is the saddest episode in my life. I sendiri tak sabar nak tunggu esok untuk balik ke sana and definitely I'm not going to forgo moments with Anom..."

Alamak...bersyarah pulak omputih ni...

Bila berjauhan, kita saling merindu. Bila berdekatan, kita lebih sibuk dengan hal sendiri. Di dunia serba moden ini, gadget2 yang ada lebih mengujakan kita dari kekasih hati...! Modennya kita!!

3 comments:

azlanlin said...

Itulah kita yang sentiasa teruja dengan sekeliling yang menguliti kita.. kekadang sehinggakan terasa sepi dalam ramai. Mengapa begitu?

Suria Klang said...

Azlan,

Kita terperangkap dalam kekalutan masa dan arus kemodenan hingga lupa pada nilai2 murni yang sepatutnya menjadi pegangan kita...

Saya belajar banyak dari keadaan ini dan terimakasih kerana memberi komen yang cukup bermakna!

azlanlin said...

Adakalanya juga, kita lebih terpegun dengan sesuatu yang jauh daripada kita...dan akhirnya terlupa dengan apa yang di depan mata.. itu adalah kejadian biasa di masa kini...

Mengejar sesuatu yang belum pasti dan tertipu dengan persepsi sendiri.. adakalanya begitu?