Sunday, May 11, 2008

Ibu

Saya sering ditanya soalan ini...

"Suria, yang sakit kat hospital tu your mother in law kan? Dia tak de anak perempuan ke nak jaga dia?"

Ramai yang pelik kenapa saya bersusah susah mengambil cuti atau hampir saban malam tidur di hospital menjaga mak mertua yang sakit. Saya pula pelik kenapa orang bertanya saya soalan itu.

Maznah Majid, mak mertua saya, adalah ibu saya. Emak saya, Saadiah Sujak telah lama pergi. Puan Maznahlah satu-satunya ibu yang saya ada kini. Beliau memang ada dua anak perempuan, tetapi mereka juga seperti saya. Ada keluarga, ada kerjaya dan mereka juga merasa penat asyik di hospital. Tanggungjawab saya dan mereka sama saja biarpun saya hanya menantu.

Saya tahu emak tidak pernah melihat dan menganggap saya menantu. Kalau beliau lihat saya leka dan malas, saya akan ditegurnya point blank...hehehe. Kalau saya masak tak sedap, beliau akan mengajar saya cara memasak yang betul. Sesungguhnya, keupayaan saya memasak hari ini adalah atas ajaran beliau. Saya mengada-ngada masa remaja dulu, emak suruh apa semua tak nak buat. Bila dah berumahtangga baru sibuk nak belajar. Mak mertua sayalah yang mengajar saya keseluruhannya...

Saya sendiri hanya ada seorang anak perempuan. Andai kata saya yang sakit terlantar seperti mak sekarang dua puluh tahun nanti, sudah pasti saya akan mengharap tiga menantu perempuan saya turut sama menjaga saya...

Lagi pun, dalam adik beradik saya, kakak-kakak dan abang-abang ipar saya tidak pernah menganggap arwah emak ayah saya sebagai mertua. Sewaktu mereka sakit, ipar2 saya banyak menjaga mereka...

Buat teman-teman yang punya mertua, janganlah bezakan mereka dengan ibu kandung. Kalau kita boleh sayangkan anak dan cucunya, kita juga pasti boleh menyayangi sang ibu kerana tanpanya, tiadalah anak itu di dunia apatah lagi menjadi pasangan kita...

Mak, terimakasih kerana terima Su seadanya....

4 comments:

Dal said...

Setuju dengan kak su. Mak kandung or mak mertua sama saja, still mak kita. So, layanilah mereka dengan sama rata dan saksama. Harap keadaan ibu kak su bertambah baik. Teruskan berdoa...Allah pasti mendengar segala rintihan hamba-Nya.

AnSar said...

Salam takziah buat Kak Su di atas pemergian ibu mertua akak Isnin lepas.. Semoga Kak Su trus tabah menghadapi hari2 mendatang.. Doa agar roh arwah ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman.. Amin.

AnSar said...

Salam takziah buat Kak Su di atas pemergian ibu mertua akak Isnin lepas.. Semoga Kak Su trus tabah menghadapi hari2 mendatang.. Doa agar roh arwah ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman.. Amin.

rinmy17 said...

mom in law and mak sendiri memang tak sama sebab mak sndr tau hati budi kita...sebab aku dah tak de mak... sebenarnya aku rindu makkk... uhuuaaa..