Selasa, 13 Mei 2008, 2.45 pagi, to be exact, emak mertua saya, Hajjah Maznah Majid, kembali ke pangkuanNya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kerana leukimia. Dia pergi dengan tenang, dikelilingi anak-anak, cucu-cucu dan adik-adiknya.
Saya adalah antara mereka yang masih berbual dengannya beberapa jam sebelum dia dipasangkan segala wayar dan mesin. Saya pasti emak mendengar lafaz2 indah syahadah dan Allah hu akbar yang dibisikkan ke telinganya oleh kami semua...Saya pasti emak mendapat yang terbaik dalam kehidupannya sebagai hamba Allah.
Saya amat terharu dengan sumbangan dan kehadiran begitu ramai di rumah emak. Sebelum dibawa pulang dari hospital, saya, Ngah Uji (kakak ipar), Nabilla (anak saya), Ira dan Shasha (anak saudara saya), berpeluang buat kali terakhir memandikan jenazah emak di Rumah Mayat HTAR. Itulah antara sumbangan terakhir kami buat insan mulia ini.
Kami sekeluarga juga cukup terharu dan berbesar hati kerana pihak PDRM telah mengangkat wanita istimewa ini ke taraf VIP dalam perjalanan terakhirnya di dunia ini. Perjalanan dari Masjid Kg Kuantan disertai oleh pasukan polis bermotosikal...Subhanallah. Bayangkan emak seorang wanita biasa yang tidak pernah menyeberang jalan sendirian, tidak tahu menunggang basikal, motosikal apatah lagi memandu kereta, tidak pernah belajar di sekolah menengah jauh sekali universiti, tetapi beliau diiringi oleh siren dan polis di akhir keujudannya di dunia ini...Alangkah cemburunya saya kepada beliau...
Saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada teman2 yang datang melawat. Penghargaan buat Ustaz Hussein Yee, pendakwah hebat yang terkenal di seantero dunia, yang sudi meluangkan masa menziarahi emak mertua saya dan mengimami solat jenazah di rumah. Ustaz Hussein sempat memberi tazkirah kepada jemaah solat dan saya pasti emak mendapat sebahagian besar kebaikan darinya.
Selepas solat di hospital dan di rumah, emak sekali lagi mendapat penghormatan terakhir di Masjid Kg Kuantan bilamana jemaah Masjid menyembahyangkan beliau di sana pula.
Kini, keluarga saya hanya tinggal kami anak beranak dan adik beradik. Tiada lagi orang tua yang akan mengepalai sebarang aktiviti...Hari Raya kami tidak akan lagi berseri dengan masakannya yang sedap2 dan hiasan rumah yang indah2. Tiada akan ada lagi Mak Tok yang akan memarahi cucunya yang memekak dan menyepahkan seluruh rumah.
Biarpun kami amat bersedih dengan kehilangannya, kami puas kerana berpeluang menjaganya sepanjang beliau sakit dan kami juga redha kerana kini beliau tidak perlu lagi menanggung sebarang kesakitan.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dari yang Maha Esa. Amin.
6 comments:
MakSu, angah rindukan maktok... :(
Selepas ini kita dah tak dapat nak rasa masakan maktok yg sedap tuh.. tak dapat nak berebut2 dgn adik2 dan sepupu2 yang lain untuk cium tangan maktok di pagi raya..
tp syukur alhamdulillah, maktok dpt pegi dgn tenang.. dan kita semua redha dgn pemergiannya..
Angah,
Mak Su pasti semua dari kita akan rindukan Mak Tok sangat2...paling rindu definitely tang makan....
Nanti Mak Su asahlah bakat memasak Mak Su yek? Kang kita makan sama2...
kuang..kuang..kuang.. :)
:: salam... takziah... semoga rohnya ditempatkan bersama2 "orang2 yg disayangiNYA"... dan kita menanti masa mengikutinya jua...
Takziah puan,
Semoga ibu mertua puan ditempatkan dikalangan dengan orang saleh.
Post a Comment