Monday, May 19, 2008

Nama panggilan

Anak2 saya selalu bingung bila saya perkenalkan saudara-mara kepada mereka.

"Ramai sangat Pak Long, Pak Ngah ..... camana nak ingat yang mana satu?" Itulah selalunya yang mereka akan kata.

Suami saya orang Johor, yang amat prihatin dengan nama panggilan mengikut pangkat. Katalah si A anak sulung, kesemua yang berpangkat anak buahnya akan memanggil dia dengan panggilan Pak Long dan isterinya Mak Long. Kalau anak kedua, Pak Ngah. Anak ketiga, Pak Da...dan seterusnya.

Sepanjang minggu lepas, ramai keluarga suami saya berkumpul di Kelang menziarahi Allahyarhamah emak mertua saya yang dipanggil Andak/Mak Andak dan Tok Andak. Anak-anak saudara saya sibuk cuba mengenali kesemua yang hadir. Kalau Pak Teh isterinya Mak Teh. Kalau Pak Tam, isterinya Mak Tam, kalau Pak Cik, isterinya Mak Cik...

Bila kena yang agak muda, anak-anak saudara saya mula keliru kerana ramai yang tidak mahu lagi dipanggil mengikut pangkat sebaliknya lebih selesa dengan tambahan "Pak" di hadapan nama mereka sendiri.

Satu rumah berderai ketawa bilamana Ira, anak saudara saya cuba memadankan nama isteri sepupu suami saya - "Apet". Jika Apet dipanggil Pak Pet, makanya isteri beliau dipanggil Mak Pet? Kah kah kah!!!

Saya? Kebetulan nama saya Su, dan suami saya yang bongsu, saya cukup selesa dipanggil Mak Su. Tapi...sekarang ni dah makin ramai pulak si kenit-kenit yang panggil saya "Tok Su"! Ahhhh!!! Tensionnya!!!

2 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... TokSu...

:: PakNgah pulak dah dapat 2 orang cucu sedara... sepatutnya dah kena tukar kepada TokNgah le nii... emmm...

Suria Klang said...

Tension betul kan bila dah mula dipanggil Tok ni? Ramai sangat dah cucu sedara saya... Yang kelakarnya, anak saya yang kecik tu sebaya je dengan mereka, malah ada cucu sedara yang lebih tua dari anak saya!!!