Saya sedang berkemas....Insyaallah akan menghabiskan hujung minggu yang panjang ini di satu situasi yang amat baru bagi saya.....Hehehe...saya akan pergi memancing!
Dua bulan lalu, saya dipelawa untuk menyertai sekumpulan anak muda pergi memancing di Tasik Kenyir. Memancing? Satu aktiviti yang teramat asing buat saya mahupun Boss. Berapa tebal tali pancing pun saya tidak pernah tahu....
Namun, saya teruja kerana saya dan Boss sebenarnya teringin sungguh untuk menikmati keindahan alam di Tasik Kenyir. Kami pernah ke sana duapuluh satu tahun dahulu. Waktu Nabilla masih bergigi dua....
Saya terkenang satu kisah. Kenangan ini datang sewaktu saya ditanya oleh seorang rakan di pejabat tentang aktiviti memancing yang akan saya ikuti ini.
Kisah ini berlaku di perpustakaan. Saya sedang mengisi masa-masa kecederaan sebelum tibanya hari peperiksaan. Seperti selalu, saya memang 'last minute'. Harapnya jangan ada anak-anak saya yang jadi seperti saya. Saya langsung tiada idea cara mana lagi yang boleh saya guna untuk paper "Management". Kalau setakat subjek Accounting, Economy, Costing, Taxation atau Finance tu mungkin cukup mudah buat saya. Management adalah subjek yang amat payah, termasuk juga subjek Law, Ugama, dan HR....Tersiksa sungguh saya menghadapi subjek-subjek tersebut...
Sedang saya asyik 'menelaah' pelajaran, saya terlihat seorang jejaka yang duduk betul-betul bertentang dengan saya. Kala itu hati kecil berkata, "Handsome...". Biasalah untuk seorang gadis...pastinya yang handsome menjadi tumpuan...
Dia sedang membaca "Reader's Digest". Dalam pada orang lain sibuk membelek buku dari kulit ke kulit, si handsome ini belek majalah. Kemudiannya saya nampak dia letak kepala di atas meja...Tidur dah dia....Pelik saya lihat, ada manusia sebegini di waktu genting ini.
Selepas beberapa ketika, saya tidak melihatnya lagi. Saya tumpukan perhatian kepada buku Management saya. Tiba-tiba ada seseorang mengambil tempat di sebelah saya. Oh...si handsome tadi. Duduk sebelah saya? Macam tak mau percaya...
Reader's Digest masih di tangannya. Saya toleh dan dia menghadiahkan senyuman manis kepada saya. Saya balas dengan senyuman juga.
Selepas beberapa ketika, dia nampak dia tersenyum-senyum sendiri sambil membaca Reader's Digestnya. Saya tertarik untuk melihat apa yang dibacanya. Lalu saya bertanya "Kisah apa tu?" Nama dia pun saya tidak tahu.
"Oh...ini kisah tentang pergerakan Gunung Everest. You tau tak yang Everest bergerak ......." Saya terlupa fakta tersebut.
Saya berminat untuk tahu lebih lanjut. Si handsome dengan penuh bersemangat menerangkan kepada saya fakta-fakta tentang gunung, sungai, laut, udara, angin dan banyak lagi kepada saya. Hilang kisah saya dan "Management".
Selepas lama bersembang, saya kembali menumpukan perhatian kepada nota-nota dan buku teks saya. Saya terasa dia mengintai apa yang saya baca.
Saya terlupa bagaimana dia boleh akhirnya mengajar saya 'killer paper' saya itu, tetapi saya cukup suka bila dia menunjukkan cara termudah dan tersingkat untuk menghabiskan keseluruhan silibas Management dalam masa sehari!
Akhirnya, kami berpisah selepas saya amat yakin yang saya mampu menduduki peperiksaan esok pagi. Saya terasa yang saya sudah pandai!
Saya kagum dengan 'general knowledge' si handsome tadi. Saya akui dia seorang yang tahu sungguh tentang 'subject matter'. Management adalah 'forte' dia sebagai pelajar degree Business Admin. Saya pula hanya seorang pelajar diploma yang cuma tahu mengira.
Kenapa saya mengimbas kembali kisah tadi? Rakan saya bertanya samada suami saya adalah kaki pancing. Suami saya adalah seorang yang amat berminat dengan alam semula jadi. Tanyalah dia tentang gunung, ikan, binatang, laut, sungai....panjang sungguh penjelasannya, dia tidak pernah memancing.
Kisah di dalam perpustakaan yang saya ceritakan di atas adalah detik mula perhubungan kami. Berbelas tahun selepas kisah itu terjadi, saya mendapat tahu bahawa dia sebenarnya SENGAJA duduk di tempat yang bertentangan dengan saya. Semua yang berlaku pada hari itu telah dirancang dengan teliti, termasuk juga Reader's Digest di tangan. Dia sudah lama memerhatikan saya dan dia tahu saya adalah seorang yang minat dengan apa yang diminatinya.....Dia memang seorang yang 'subject matter', pandai menggunakan 'niche' dan 'forte'nya di tempat yang betul...Jika dikaitkan dengan memancing, dia tahu "umpan' apa yang dia perlu ada supaya kailnya mengena....
Thursday, April 28, 2011
Tuesday, April 26, 2011
Pekan
Saya ke Pekan, Pahang semalam. Bersama seorang kakitangan syarikat dan Boss yang setia menemani. Bukan Boss tak ada kerja lain, tapi paksa-rela, kerana saya perlukan mahram saya....ALhamdulillah kami selamat pergi dan kembali.
Di sepanjang perjalanan saya dengar Boss dan Razi, Pengurus Kanan saya, bersembang tentang pelbagai topik. Saya lena dibuai mimpi di tempat duduk belakang.
Berpandukan 'manual GPS', kami agak terlewat untuk sampai ke destinasi. Pihak di sana asyik menalipon Razi. Setelah memasuki daerah Pekan, kami berpatah balik hampir setengah jam kerana kami telah jauh tersesat.
Razi agak resah. Janjinya kami sampai pukul 1130, jam pula telah menunjukkan pukul 12. Boss katakan pada Razi, "Things happen for a reason." Saya lihat senyuman pahit di wajah Razi.
Akhirnya kami sampai ke tempat dituju dengan kelewatan lebih sejam setengah. Kami masuk perlahan-lahan ke dalam dewan yang dipenuhi sekumpulan jurutera dan pihak pengurusan. Saya nampak seseorang sedang berdiri di atas pentas. Rasanya acara hampir tamat.
Sedang kami mencari tempat untuk duduk, saya terdengar pengumuman:
"Selamat datang kami ucapkan kepada Puan Suria dan Encik Razi dari XXX.........bla bla bla...."
Saya hanya tersenyum. Keliru kerana sepatutnya acara tadi adalah penamat kepada seminar yang sedang berlangsung, jika mengikut buku aturcara. Kenapa pula mereka umumkan kedatangan kami?
Saya disapa oleh seorang pengurusan tertinggi syarikat tersebut yang memberitahu bahawa mereka telah menganjakkan slot untuk kami sebagai slot terakhir acara tersebut. Subhanallah. Ketibaan kami tepat pada masanya. Tidak terlewat walau seminit pun........
Selesai seminar, kami menikmati makan tengahari yang cukup enak. Berlaukkan ikan patin masak asam pedas. Saya bukan pemakan ikan air tawar....namun masakan orang Pahang semalam membuka selera saya dan menambahkan satu jenis ikan yang saya tahu makan....
Kami singgah di Bentong dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Rezeki besar menanti kami di rumah Ana, sahabat saya di asrama sekolah dulu. Lamb chop, mee goreng, jagung manis kukus dan durian...Musang King pulak tu!
Kami tiba di Shah Alam pukul 10 malam, membawa bersama kenangan manis di Pekan dan perut yang penuh dengan makanan enak..........Alhamdulillah. Tiada yang lebih pemurah selain dari Dia....Saya amat bersyukur.

Sunday, April 24, 2011
Meniti Titian Usang
Sejak akhir 2009, saya dipertemukan semula dengan kawan-kawan sekolah yang telah berpuluh tahun ditinggalkan. Terimakasih kepada laman sosial facebook. Kami juga mengaktifkan yahoogroups yang menghubungkan kami kembali dengan pelbagai kisah nostalgia dan keadaan semasa.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sejak bertemunya kami semula. Dalam usia yang semakin meningkat 'remaja', kudrat kami kadangkalanya mengalahkan anak-anak yang masih di sekolah rendah...
Namun begitu, di waktu-waktu rakan memerlukan pertolongan dan huluran bantuan, akan ada tangan-tangan yang menghulur, dan ada juga mulut-mulut yang menyanggah. Kekerapan dibandingkan antara satu kawan dengan kawan lain menjadikan suasana indah kadang kala bertukar menjadi gundah.... Biarpun niat asal adalah untuk membantu, namun ia bertukar menjadi mencungkil keaiban jika terlalu kerap diperkatakan.
Bukan semuanya sama. Ada yang benar-benar ikhlas dalam berkawan. Saya terharu menerima panggilan seorang kawan sezaman dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi. Beliau hanya ingin mengucapkan terimakasih kepada saya. Ianya meninggalkan kesan di hati.
Saya pernah merasa kecewa dan malu yang teramat dengan satu kejadian di kalangan kawan sezaman, namun ianya seolah hilang ditelan masa. Kita menjadi dewasa sewaktu menjalani pahit getir kehidupan. Biar apapun yang ingin difikirkan, saya akur dengan kenyataan bahawa kawan-kawan sekolah adalah antara mereka yang saya sayang. Hanya kerana ALlah. Tidak kerana paras rupa mahupun harta benda dan ilmu yang ada.
Maafkan saya kawan-kawan sezaman. Saya pernah tersasar dalam menilai erti persahabatan. Hargailah saya seadanya sekarang. Bukan lagi gadis remaja 17 tahun yang begitu menonjol dan paling selalu menjadi sebutan. Saya telah buang jauh-jauh diri saya yang itu. Saya hanya inginkan ketenangan dalam mengatur langkah menuju jalan pulang....
***************************************************************************
Lagu ini bercerita tentang saya....
Meniti Titian Usang - Search
Kertas putih salju
Ku coretkan kedukaanku
Hitam dan kelabu
Adalah warna dalam hidupku
Kejutkanlah aku kawan
Aku sedang bermimpi
Kejutkanlah aku
Yang sengsara dalam mimpi
Gementar kakiku
Meniti titian usang
Berdegup jantungku
Apakah dapat ku ke seberang
Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam
Jurangnya sangat mengerikan
Ramai yang telah kecundang
Dia sedang menunggu
Untuk memimpimku
Di seberang sana
Adanya cahaya

Thursday, April 21, 2011
Public speaking
Saya dijemput untuk memberi ceramah di sebuah IPTA di Lembah Kelang, di hadapan sekumpulan bakal-bakal jurutera.
Wajah-wajah mereka menunjukkan keinginan yang tinggi untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang baik dan akhirnya mendapat pekerjaan yang memberi pendapatan lumayan.
Antara soalan yang dikemukakan di akhir ceramah saya adalah:
"Macammana Puan boleh confident je bercakap depan orang?"
Saya jawab: "Saya memang confident bercakap depan orang...sebab orang saja yang faham cakap saya. Apa-apa yang bukan orang takkan faham apa yang saya cakap."
Mereka menyambut dengan deraian gelak ketawa.
Masalah public speaking sering dihadapi oleh kebanyakan orang, bukan saja pelajar, malah mereka yang sudah lama bekerja juga menghadapi kesulitan untuk bercakap dengan penuh keyakinan di hadapan khalayak ramai.
Saya kongsikan kepada anak-anak muda ini:
"Di zaman sekolah, pengawas sekolah selalunya berada di hadapan pelajar lain. Mereka kena tunjukkan bahwa mereka lebih berani dan lebih yakin dari kawan-kawan mereka. Kita juga sering didedahkan dengan pertandingan bahas, pertandingan deklamasi sajak, pertandingan berbalas pantun dan macam-macam lagi. Seingat saya, saya agak berani untuk berbahas, tetapi saya takut untuk menyanyi kerana suara saya tiada melodi."
"Di universiti, kita sering diminta untuk buat presentation di depan. Entah apa-apa yang kadang-kadang kita present. Sebenarnya, markah diberi bukan tentang subjek, tetapi tentang presentation skill kita. Di situlah bermulanya keberanian saya."
"Sewaktu mula-mula bekerja, Boss saya sering mengenakan saya. Banyak kali dia tidak hadir mesyuarat yang memerlukan pembentangan; dan saya terpaksa menggantikan dia. Sampai akhirnya saya tidak perlukan dia untuk hadir lagi. Saya asah kemahiran saya melalui cara akademik, yakni diperbaiki oleh guru-guru, pensyarah dan penonton; dan saya juga perbaiki kemahiran saya dengan mengambil kira komen dan kritikan Bos-bos yang saya hadapi dalam mesyuarat-mesyuarat. Kita akan sentiasa belajar."
Ada pelajar menyampuk:
"Puan boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Kami lemah dalam hal itu."
Saya jawab:
"Saya juga orang kampung seperti anak-anak semua. Saya bodoh bahasa Inggeris ni, sebab tu saya belajar. Saya baca, saya dengar dan saya bercakap. Kadang-kadang saya sendiri tak tau apa yang saya cakap....tapi, saya tidak jemu untuk belajar."
Kelihatan mereka mengangguk-angguk.
Bakal-bakal jurutera ini akan menjadi pemimpin negara tidak lama lagi. Kepada merekalah diletakkan segala harapan dan impian. Mudah-mudahan mereka mengambil sedikit sebanyak pengalaman yang saya kongsi bersama mereka sebagai satu pelajaran.
Lebih mudah bercakap dengan manusia, dari bercakap dengan bukan manusia....boleh bayangkan bercakap dengan bayang-bayang? Takut....

Tuesday, April 19, 2011
Dah hafaz?
Abo sedang belajar di tahun dua di Islamic Integrated School Shah Alam (IISSA), sebuah sekolah rendah Islam integrasi yang mengambil silibas KBSR Kem Pelajaran dan JAIS.
Apa yang membuat saya tertarik dengan cara pembelajaran di sini ialah ianya lebih kepada melahirkan insan-insan profesional yang Islamic. Sebelum memasuki sekolah rendah ini, Abo dan pelajar2 lain bertadika di Little Caliph, yang telah menerapkan dari awal lagi akidah dan syariat hidup sebagai umat Muhammad.
Hari-hari anak-anak ini dimulakan dengan kelas Hafazan selama sejam. Kemudian mereka akan belajar mengikut silibas KBSR/JAIS. Kelas akan dihentikan untuk anak-anak ini solat Dhuha. Di waktu zohor, mereka akan solat berjemaah dan sebelum kelas berakhir, mereka akan berada dalam kelas hafazan lagi, juga sejam.
Abo memasuki tahun satu pada usia enam tahun. Alhamdulillah, perjalanan yang mulanya sukar buat dia dapat ditempuhi dengan baik. Kini pencapaian Abo agak setanding dengan rakan-rakan sekelasnya yang tua setahun dari dia.
Sejak minggu lalu Abo asyik menghafal surah-surah pendek. Tiap kali juga kami tersenyum melihat gelagatnya ketika menghafaz. Jika ada yang mengganggu, dia akan memulakan kembali keseluruhan surah tersebut...
Banyak juga surah yang telah berjaya dihafalnya. Saya sendiri terkial-kial, selalunya. Semalam, saya ternganga ketika Abo memberitahu kami berdua sewaktu makan malam:
Kawan Abo yang nama dia Ehsan tu dah hafaz surah Al Baqarah...Mama ngan Papa hafal tak surah Al Baqarah tu?
Tersedak Boss dibuatnya. Saya cuba mendapat kepastian Abo:
"Ehsan tu yang baru balik dari umrah hari tu kan?"
"Betullah Mama. Dia tu kan hari Isnin dengan Khamis dia puasa sunat....Boleh tak Abo pun nak puasa sunat jugak?"
Kali ini kami berdua memang berpandang-pandangan sesama sendiri.
Sejuk perut mak Ehsan...betapa bertuahnya Ehsan kerana mendapat didikan sebegitu rupa sejak kecil lagi.
Boss pandang pada Abo dan kata begini:
"Abo boleh puasa. Abo boleh jadi pandai macam Ehsan, hafaz Quran dan pandai belajar."
"Thank you Mama...thank you Papa..." Abo peluk dan cium kami dan terus berlari ke depan menonton katun.........
Saya sedang tersenyum sendiri teringatkan Abo yang sedang demam di rumah kerana terjatuh sewaktu main kejar-kejar dengan kawannya di padang semalam.....

Sunday, April 17, 2011
The Blind Side
Malam tadi saya ajak anak-anak dan Boss menonton filem The Blind Side, yang memberi Sandra Bullock anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar. Kami menonton melalui saluran HBO. Kisah yang dipaparkan adalah kisah benar.
Saya menonton filem tersebut buat kali pertamanya di atas awan. Waktu itu saya dalam perjalanan menuju ke Chennai. Filem yang ringkas, tetapi meninggalkan kesan di hati.
Boss dan Lala juga setuju dengan apa yang saya kongsikan dengan mereka tentang filem ini. Saya ingat Jimie pernah beritahu yang dia amat sukakan filem ini.
Ia tentang penerimaan sebuah keluarga kulit putih yang kaya raya terhadap seorang anak muda kulit hitam yang tidak diketahui asal usulnya. Biar diasak dengan pelbagai tohmahan dan cabaran, keluarga ini teguh mempertahankan anak angkat mereka yang berlainan bangsa dan budaya serta asal keturunan.
Didikan ayah dan ibu kepada anak-anak mereka membuat mereka tidak memandang pada warna kulit. Bagi dua orang anak 'Sandra Bullock', 'Big Mike' adalah abang mereka, yang sentiasa menjadi pelindung mereka ketika mereka memerlukan.
Saya berdoa semoga anak-anak saya menerima Abdul Rahman dengan sepenuh hati. Dia adalah adik mereka yang akan diberi perlindungan dalam apa jua keadaan...biarpun berbeza keturunan dan warganegara.

Wednesday, April 13, 2011
Allah itu dekat dengan kita...
Saya mendapat berita tentang Kak Ella dan Abang Hasan yang akan ke tanah suci buat pertama kalinya akhir bulan ini. Malam tadi kami ke rumah mereka untuk sama-sama meraikan pemergian mereka berdua. Dapat saya rasakan keterujaan mereka.
Pelbagai soalan yang mereka berdua kemukakan. Kami titipkan juga tips-tips yang mungkin nampak kelakar dan tidak besar, tetapi amat besar impaknya dalam mengerjakan ibadah mereka ini.
Tengahari tadi saya berpeluang makan tengahari dengan DD, kawan lama saya. DD juga menyampaikan hasratnya untuk mengerjakan umrah sebelum bulan puasa ini. Saya beri motivasi kepada DD untuk memulakan perjalanannya sebelum hari yang indah itu tiba.
DD ada persoalan besar di benaknya. Baginya dia terlalu banyak dosa. Saya sarankan begini kepada DD:
"You nak pergi katalah bulan Julai. Maknanya you ada lebih kurang dua bulan lebih lagi. Mula-mula sekali you kena tanamkan dalam diri you yang you nak pergi ke sana untuk mengerjakan ibadah, mendekatkan diri kepadaNya dan menyucikan jiwa, bukannya pergi sebab orang lain pergi atau nak pegi bercuti."
"Dan proses itu I harap you dapat mulakan dari sekarang. Maknanya, kalau you rasa solat dan ngaji you masih belum sempurna, belajarlah untuk menjadikannya sempurna. Di mana tempat you nak belajar? Samada berguru secara fizikal ataupun berguru secara tidak langsung di masjid. Kalau you tak sempat nak buat setiap waktu, you mulakan dengan solat Maghrib dan Isya'. Selepas Maghrib tu, selalunya ada majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh Imam-Imam, Ustaz dan Ulama. Dis situlah you akan belajar dan berguru. Cubalah ke Masjid untuk solat subuh...Indah tau hari you nanti...."
"Banyakkan beristighfar, mohon keampunanNya dan bertaubat nasuha. Kenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan dan bermunajat memohon keampunanNya. Minta sungguh-sungguh keredhaanNya...."
"Tapi Su, I ni banyak sangat dosa...." Saya ternampak muka DD semakin merah.
"DD...I nak you fikir macam ni. Kita ni manusia, kalau anak kita buat salah, selalunya kita akan hukum dia kan? Tapi, kalau dia merayu minta maaf kat kita, kita maafkan dia tak? Kita yang lemah pun boleh maafkan anak kita, apatah lagi Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Pengampun. Dia Pencipta kita. Jangan sesekali sangsi dengan janji Dia. Dia pasti akan ampunkan kita biar besar mana pun kesalahan yang kita dah buat bila kita pohon keampuananNya ....tetapi andai kita lupa padaNya dan mengingkariNya, sudah pasti kita akan dihukum."
DD menundukkan wajah. Saya mula ternampak butiran air jernih menitis di pipinya....
Dalam sebak DD cuba berkata sesuatu sambil memandang wajah saya....
"Layak ke orang macam I untuk dapat kedudukan yang tinggi di sisi Dia, Su?"
"DD...Allah itu sebenarnya dekat dengan kita. Kalau you masih ingat dulu-dulu Ustaz kita pernah kata...JIka kita merangkak mendekati Allah, Dia akan berjalan mendekati kita. Jika kita berjalan mendekatiNya, Dia akan berlari mendekati kita. Jika kita berlari, Dia akan datang sepantas kilat.... Kita ni, manusia yang lemah dan kerdil ni sendiri yang menjauhkan diri dariNya.... You buatlah appointment dengan Imam di Masjid yang terdekat dengan you setiap waktu. Insyaallah DD, you akan berjaya mendapatkan kedudukan yang tinggi di sisiNya."
Saya juga sebak....
DD mula menangis tersedu.
Akhirnya sebelum kami berpisah, saya katakan pada DD:
"DD...I sendiri seorang yang amat lemah. Hati I kotor dan I seringkali tersasar dalam kehidupan ini. Tanpa kasih sayang dan rahmatNya, I tidak akan mampu mencari jalan pulang. Allah temukan kita hari ini kerana Dia ada rancanganNya. Sama-sama kita terima petunjuk yang diberi kepada kita ini dengan penuh kesyukuran. Insyaallah kita akan bersama-sama menjalani kehidupan bahagia di kemudian hari nanti. I doakan you sentiasa mendapat keredhaanNya."
DD berlalu meninggalkan saya tanpa berkata-kata. Airmatanya turun laju.....
Tuhan....ampunkan hambaMu yang lemah ini...

Monday, April 11, 2011
Chennai: KaKa dan Iyappan
Telah hampir setahun saya tinggalkan Chennai, yang menjadi tempat tinggal kedua saya sejak akhir 2008. Sebuah bandar yang penuh dengan segala yang "ter".
Bingitnya suasana di sana. Kotornya udara di sana. Banyaknya debu di sana. Busuknya bau di sana.
Entah kenapa saya merindui suasana itu. Rindukan rumah banglo dua tingkat di Chetpet yang menjadi tempat saya berteduh sepanjang saya berada di sana. Saya terpandang-pandang senyuman manis KaKa, tukang masak saya yang begitu setia dan bersopan santun orangnya. Seorang yang amat taat kepada majikannya, sentiasa bersedia membukakan pintu untuk saya, mengejutkan saya di pagi hari, membawakan minuman untuk saya ketika saya merehatkan badan, bersembang dengan saya ketika sedang memasak, dan tidur di sebalik meja makan beralaskan tilam nipis... Rasanya dia jarang tinggal solat malam, solat dhuha dan mengaji Quran.
KaKa cukup risau jika saya tidak mahu makan... Seboleh mungkin dia akan masakkan apa saja lauk yang saya pinta... Paling saya suka jika dia masak 'mutton briyani'. Memang sedap.... Capati, tosey dan kuah rassam tidak pernah saya jamah di Malaysia....namun masakan KaKa mengubah persepsi saya tentang makanan India. Namun, tiada sesiapa pun yang mampu memasaknya seperti KaKa di sini....
Saya terkenang senyuman Iyappan, pemandu saya yang cukup setia. Anak muda rambut kerinting berjambul macam Rajnikanth, kecik molek orangnya.... Dia akan bawa saya ke mana saja yang saya mahu, tidak kira waktu. Kadang-kala sedang dia enak diulit mimpu, KaKa akan mengejutkannya untuk memandu saya ke tempat yang saya ingin pergi...
Selalunya saya suka ke Marina Beach. Ombaknya yang kuat memukul pantai membawa alunan irama yang saya suka dengar. Anginnya kuat biarpun pasir-pasir halus masuk ke dalam mata...Saya akan berjalan sendirian mengenangkan keluarga yang berada jauh sambil Iyappan mengekor dari belakang....
Kadang-kala di hujung minggu, saya akan kerah Iyappan memandu sejauh 60 km ke Mahabalipuram, yang mempunyai pemandangan indah dan menakjubkan. Melihat nelayan-nelayan di tepian lautan luas, pohon-pohon kelapa di sepanjang pantai dan ombak kuat mendamaikan perasaan....
Iyappan juga setia menemani saya ke Spencer Plaza, membelek stok baru di kedai Syed, kain sari di kedai Muskan....sesekali kami menikmati KFC di sana selepas penat window shopping di FabIndia....
Saya paling suka menghabiskan hujung minggu saya di kedai buku....Buku-buku di India murah-murah belaka. Nama kedai buku yang saya suka memerap di dalamnya...Landmark. Kalau di Malaysia harga buku RM79, di sana saya boleh dapat 3 buah buku dengan harga yang sama. Koleksi buku saya; kebanyakannya tulisan penulis kegemaran Nabilla - Cecilia Ahern, Jeffrey Archer, Nicholas Spark...dan banyak lagi. Merekalah peneman saya di kala saya pulang dari pejabat, menanti malam tiba....
Saya suka jika dapat berkunjung ke rumah Pak Hasan....bersembang dengan isterinya, Madam Zarina....kadang-kadang menemani Madam menghabiskan duitnya yang banyak membeli belah.... Sering juga dia mengajak saya menziarahi saudara-maranya yang teramat kaya. Rumah mereka sebesar gedung, bertingkat-tingkat dan melaut luasnya... Selalunya saya berangan yang saya juga sekaya mereka!
Saya rindukan Pak Anba, seorang kakitangan saya yang cukup patuh dan rajin. Apa saja yang saya cakap adalah benar baginya....Isterinya, Devi serta Sri Dhar dan Priyanka, anak-anak mereka.... Mereka sederhana, baik hati dan penuh adab sopan....
Ramai lagi yang saya rindukan. Dr Shan, Kaja, si Chaiwala, Krishnan, Susila, Burkhan.... saya hanya mampu berdoa semoga mereka berbahagia di sana.... Ingin rasanya saya pulang semula ke sana dan hidup bersama mereka yang menyayangi saya seadanya biarpun mereka tiada apa-apa hubungan dengan saya.....

Sunday, April 10, 2011
Apa yang paling jauh?
Pagi tadi sewaktu sedang bersiap untuk ke pejabat, saya terdengar siaran radio IKIM. Ada teka teki yang diutarakan.
"Apakah yang paling jauh dengan kita?"
Banyak jawapan yang diberi, dan akhirnya DJ memberi jawapannya. Teka teki ini adalah soalan Imam Ghazali kepada murid-muridnya.
Yang paling jauh dengan kita adalah masa lampau.
Kita sering mengenang saat-saat manis dan tidak kita lupa juga saat-saat duka yang pernah kita lalui. Pengalaman mendewasakan kita dan menjadikan kita manusia yang lebih baik.
Hari ini, saya terkenang perjalanan haji saya yang telah hampir lima bulan saya tinggalkan. Betapa rutin kehidupan di tanah suci menjadikan saya manusia yang jadi terlalu berahsia, pendiam dan menyendiri. Airmata terlalu mudah mengalir, hati saya begitu cepat tersentuh....Sukar untuk saya gambarkan apa yang telah saya alami, kerana ia juga dialami oleh kebanyakan manusia lain.....Bagi saya, rutin di sana berjaya mengubah diri saya.
Saya sukakannya. Saya rasa amat bahagia menjadi begitu. Reserved dan berhati-hati dalam berkata-kata, hatta berfikir pun jua. Di setiap patah perkataan yang dikeluarkan, sentiasa ada nama Allah - Insyaallah, Alhamdulillah, MasyaAllah, Subhanallah dan banyak lagi. Jika ada perkara yang menyebabkan bengkak di hati, pesanan Ustaz supaya sentiasa berlapang dada dan bersangka baik membuatkan jiwa kembali tenang dan perasaan bertambah indah.
Saya rindukan ketenangan itu. Saya rindukan perasaan itu. Saya mendambakannya. Rutin di sini seringkali membuai dan melalaikan saya. Banyak kali saya biarkan syaitan berjaya menguasai perasaan saya, terutamanya ketika memandu, ketika menunggu giliran, ketika bertukar pendapat...apatah lagi tika berkumpul beramai-ramai; kata-kata umpatan dan gosip amat mengganggu saya....
Mudah-mudahan saya berjaya mendekatkan hati saya kepada suasana indah yang telah saya tinggalkan. Andai kawan-kawan melihat rutin saya semakin jauh dari rutin di sana, tolong ingatkan saya.....

Monday, April 4, 2011
Proud of you
Gambar di atas saya petik dari BERNAMA online bertarikh 3/4/2011. Azie dan Lala berjalan-jalan ke MidValley mencari kasut untuk Lala pakai di hari Konvonya dan kebetulan ada kempen derma darah di sana. Mereka, anak-anak muda bakal pemimpin negara ini, telah menyumbang darah mereka bagi membantu manusia lain yang memerlukan.
Azie adalah teman baik Denna, yang merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Multimedia di UiTM Shah Alam. Sepanjang berada di Shah Alam, Azie yang berasal dari Kuching banyak menghabiskan masa lapang di rumah kami yang dianggap sebagai rumahnya sendiri. Lala, satu-satunya putri saya, pelajar tahun dua Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, amat berbangga kerana akhirnya dia layak mendermakan darahnya.
Apa yang membuat saya bangga dengan mereka ialah mereka berdua mengambil keputusan tepat untuk membantu manusia lain yang memerlukan, tanpa disuruh atau dipinta, dan mereka berbangga kerana mampu berbuat demikian.
Mereka tahu mereka tidak akan mendapat ganjaran berbentuk material, tetapi kepuasan mereka adalah kerana mereka dapat berbakti. Biarpun usia mereka masih muda, didikan yang mereka terima dari para guru dan pensyarah mereka telah menjadikan mereka berdua, dan ramai lagi anak muda masa kini, masyarakat prihatin. Ini sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah pihak tentang anak-anak muda masakini, terutamanya mereka yang datang dari bandar.
Sebagai ibu, saya bangga dengan mereka biarpun sumbangan ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan banyak sumbangan lain. Saya akan terus berdoa anak-anak ini mendapat perlindungan Allah dalam apa jua yang mereka kerjakan dan semoga mereka sentiasa diberi petunjuk olehNya untuk kekal berada di atas jalan yang benar.
Subscribe to:
Posts (Atom)