Thursday, April 21, 2011

Public speaking

Saya dijemput untuk memberi ceramah di sebuah IPTA di Lembah Kelang, di hadapan sekumpulan bakal-bakal jurutera.

Wajah-wajah mereka menunjukkan keinginan yang tinggi untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang baik dan akhirnya mendapat pekerjaan yang memberi pendapatan lumayan.

Antara soalan yang dikemukakan di akhir ceramah saya adalah:

"Macammana Puan boleh confident je bercakap depan orang?"

Saya jawab: "Saya memang confident bercakap depan orang...sebab orang saja yang faham cakap saya. Apa-apa yang bukan orang takkan faham apa yang saya cakap."

Mereka menyambut dengan deraian gelak ketawa.

Masalah public speaking sering dihadapi oleh kebanyakan orang, bukan saja pelajar, malah mereka yang sudah lama bekerja juga menghadapi kesulitan untuk bercakap dengan penuh keyakinan di hadapan khalayak ramai.

Saya kongsikan kepada anak-anak muda ini:

"Di zaman sekolah, pengawas sekolah selalunya berada di hadapan pelajar lain. Mereka kena tunjukkan bahwa mereka lebih berani dan lebih yakin dari kawan-kawan mereka. Kita juga sering didedahkan dengan pertandingan bahas, pertandingan deklamasi sajak, pertandingan berbalas pantun dan macam-macam lagi. Seingat saya, saya agak berani untuk berbahas, tetapi saya takut untuk menyanyi kerana suara saya tiada melodi."

"Di universiti, kita sering diminta untuk buat presentation di depan. Entah apa-apa yang kadang-kadang kita present. Sebenarnya, markah diberi bukan tentang subjek, tetapi tentang presentation skill kita. Di situlah bermulanya keberanian saya."

"Sewaktu mula-mula bekerja, Boss saya sering mengenakan saya. Banyak kali dia tidak hadir mesyuarat yang memerlukan pembentangan; dan saya terpaksa menggantikan dia. Sampai akhirnya saya tidak perlukan dia untuk hadir lagi. Saya asah kemahiran saya melalui cara akademik, yakni diperbaiki oleh guru-guru, pensyarah dan penonton; dan saya juga perbaiki kemahiran saya dengan mengambil kira komen dan kritikan Bos-bos yang saya hadapi dalam mesyuarat-mesyuarat. Kita akan sentiasa belajar."

Ada pelajar menyampuk:

"Puan boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Kami lemah dalam hal itu."

Saya jawab:

"Saya juga orang kampung seperti anak-anak semua. Saya bodoh bahasa Inggeris ni, sebab tu saya belajar. Saya baca, saya dengar dan saya bercakap. Kadang-kadang saya sendiri tak tau apa yang saya cakap....tapi, saya tidak jemu untuk belajar."

Kelihatan mereka mengangguk-angguk.

Bakal-bakal jurutera ini akan menjadi pemimpin negara tidak lama lagi. Kepada merekalah diletakkan segala harapan dan impian. Mudah-mudahan mereka mengambil sedikit sebanyak pengalaman yang saya kongsi bersama mereka sebagai satu pelajaran.

Lebih mudah bercakap dengan manusia, dari bercakap dengan bukan manusia....boleh bayangkan bercakap dengan bayang-bayang? Takut....

4 comments:

lina said...

salam ma'am - To me the main point is KNOWLEDGE, if you have KNOWLEDGE automatically the confident level will come…that the key word…just my two scent. Have a nice day maam!

Unknown said...

Syabas Suria...satu contribution towards developing our future leaders.

Boleh tak tolong arrange an opportunity for me to talk about "Career beyond boundaries", berkongsi sedikit sebanyak pengalaman membina career di luar negara.

Suria Klang said...

Pp, boleh, insyaallah. Bila ada di Malaysia nanti, saya akan arrangekan.

Suria Klang said...

Lina, ramai dari kita ada knowledge, tapi takut pandangan orang. Jadinya lebih banyak diam....Knowledge memang no 1, dan confidence is the driving force. Thanks for your comments.