Monday, April 4, 2011

Proud of you



Gambar di atas saya petik dari BERNAMA online bertarikh 3/4/2011. Azie dan Lala berjalan-jalan ke MidValley mencari kasut untuk Lala pakai di hari Konvonya dan kebetulan ada kempen derma darah di sana. Mereka, anak-anak muda bakal pemimpin negara ini, telah menyumbang darah mereka bagi membantu manusia lain yang memerlukan.


Azie adalah teman baik Denna, yang merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Multimedia di UiTM Shah Alam. Sepanjang berada di Shah Alam, Azie yang berasal dari Kuching banyak menghabiskan masa lapang di rumah kami yang dianggap sebagai rumahnya sendiri. Lala, satu-satunya putri saya, pelajar tahun dua Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, amat berbangga kerana akhirnya dia layak mendermakan darahnya.

Apa yang membuat saya bangga dengan mereka ialah mereka berdua mengambil keputusan tepat untuk membantu manusia lain yang memerlukan, tanpa disuruh atau dipinta, dan mereka berbangga kerana mampu berbuat demikian.

Mereka tahu mereka tidak akan mendapat ganjaran berbentuk material, tetapi kepuasan mereka adalah kerana mereka dapat berbakti. Biarpun usia mereka masih muda, didikan yang mereka terima dari para guru dan pensyarah mereka telah menjadikan mereka berdua, dan ramai lagi anak muda masa kini, masyarakat prihatin. Ini sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah pihak tentang anak-anak muda masakini, terutamanya mereka yang datang dari bandar.

Sebagai ibu, saya bangga dengan mereka biarpun sumbangan ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan banyak sumbangan lain. Saya akan terus berdoa anak-anak ini mendapat perlindungan Allah dalam apa jua yang mereka kerjakan dan semoga mereka sentiasa diberi petunjuk olehNya untuk kekal berada di atas jalan yang benar.

4 comments:

pB said...

derma darah , tak sakit pun

Unknown said...

saya tumpang berbangga ~! ceria nampak mereka berdua...

Anonymous said...

Salam Suria, di bangunan PKNS, SA tu pun ada kempen derma darah nampaknya semalam. Tak derma jugak ke?

Rara Yuuki AJ said...

thank you Auntie...we're just excited that finally we are able to donate our blood..after lots of rejection..hehehe