Abo sedang belajar di tahun dua di Islamic Integrated School Shah Alam (IISSA), sebuah sekolah rendah Islam integrasi yang mengambil silibas KBSR Kem Pelajaran dan JAIS.
Apa yang membuat saya tertarik dengan cara pembelajaran di sini ialah ianya lebih kepada melahirkan insan-insan profesional yang Islamic. Sebelum memasuki sekolah rendah ini, Abo dan pelajar2 lain bertadika di Little Caliph, yang telah menerapkan dari awal lagi akidah dan syariat hidup sebagai umat Muhammad.
Hari-hari anak-anak ini dimulakan dengan kelas Hafazan selama sejam. Kemudian mereka akan belajar mengikut silibas KBSR/JAIS. Kelas akan dihentikan untuk anak-anak ini solat Dhuha. Di waktu zohor, mereka akan solat berjemaah dan sebelum kelas berakhir, mereka akan berada dalam kelas hafazan lagi, juga sejam.
Abo memasuki tahun satu pada usia enam tahun. Alhamdulillah, perjalanan yang mulanya sukar buat dia dapat ditempuhi dengan baik. Kini pencapaian Abo agak setanding dengan rakan-rakan sekelasnya yang tua setahun dari dia.
Sejak minggu lalu Abo asyik menghafal surah-surah pendek. Tiap kali juga kami tersenyum melihat gelagatnya ketika menghafaz. Jika ada yang mengganggu, dia akan memulakan kembali keseluruhan surah tersebut...
Banyak juga surah yang telah berjaya dihafalnya. Saya sendiri terkial-kial, selalunya. Semalam, saya ternganga ketika Abo memberitahu kami berdua sewaktu makan malam:
Kawan Abo yang nama dia Ehsan tu dah hafaz surah Al Baqarah...Mama ngan Papa hafal tak surah Al Baqarah tu?
Tersedak Boss dibuatnya. Saya cuba mendapat kepastian Abo:
"Ehsan tu yang baru balik dari umrah hari tu kan?"
"Betullah Mama. Dia tu kan hari Isnin dengan Khamis dia puasa sunat....Boleh tak Abo pun nak puasa sunat jugak?"
Kali ini kami berdua memang berpandang-pandangan sesama sendiri.
Sejuk perut mak Ehsan...betapa bertuahnya Ehsan kerana mendapat didikan sebegitu rupa sejak kecil lagi.
Boss pandang pada Abo dan kata begini:
"Abo boleh puasa. Abo boleh jadi pandai macam Ehsan, hafaz Quran dan pandai belajar."
"Thank you Mama...thank you Papa..." Abo peluk dan cium kami dan terus berlari ke depan menonton katun.........
Saya sedang tersenyum sendiri teringatkan Abo yang sedang demam di rumah kerana terjatuh sewaktu main kejar-kejar dengan kawannya di padang semalam.....
3 comments:
Hebatnye abo, masuk sekolah awal. credit to his mommy n daddy. hehe...bagusnye klu dpt masukkan anak di sek integrasi ye. dapat dipraktiskan ilmu agama tu...
As Salam
Mencari review IISSA, terima kasih atas info :)
assalamualaikum..
boleh ker saya dapatkan contact no atau email. saya interested nak tahu review puan tentang sekolah iissa. berminat untuk hantar anak ke sekolah ni. TQ :)
Post a Comment