Malam tadi saya ajak anak-anak dan Boss menonton filem The Blind Side, yang memberi Sandra Bullock anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar. Kami menonton melalui saluran HBO. Kisah yang dipaparkan adalah kisah benar.
Saya menonton filem tersebut buat kali pertamanya di atas awan. Waktu itu saya dalam perjalanan menuju ke Chennai. Filem yang ringkas, tetapi meninggalkan kesan di hati.
Boss dan Lala juga setuju dengan apa yang saya kongsikan dengan mereka tentang filem ini. Saya ingat Jimie pernah beritahu yang dia amat sukakan filem ini.
Ia tentang penerimaan sebuah keluarga kulit putih yang kaya raya terhadap seorang anak muda kulit hitam yang tidak diketahui asal usulnya. Biar diasak dengan pelbagai tohmahan dan cabaran, keluarga ini teguh mempertahankan anak angkat mereka yang berlainan bangsa dan budaya serta asal keturunan.
Didikan ayah dan ibu kepada anak-anak mereka membuat mereka tidak memandang pada warna kulit. Bagi dua orang anak 'Sandra Bullock', 'Big Mike' adalah abang mereka, yang sentiasa menjadi pelindung mereka ketika mereka memerlukan.
Saya berdoa semoga anak-anak saya menerima Abdul Rahman dengan sepenuh hati. Dia adalah adik mereka yang akan diberi perlindungan dalam apa jua keadaan...biarpun berbeza keturunan dan warganegara.
4 comments:
Salam Puan..lnsyaAllah,anak anak Puan juga mempunyai hati yang tulus dan ikhlas macam Puan suami isteri..semuga Allah SWT merahmati Puan sekeluarga dunia/akhirat..Alhamdulillah bertuah Adik Abdul Rahman, he's in good hands...Dilla
salam Suria,
Seperti Dila juga saya percaya Abdul Rahman akan mendapat kasih sayang sepenuhnya, seperti satu keluarga juga. InsyaAllah.
Terimakasih Dilla dan Pak Zabs yang menyokong saya dan percaya dengan kemampuan anak-anak saya.
Nanti saya kenalkan Abdul Rahman pada semua....Dia comel sangat. Debab macam Mama dia...hehehe.
salam ma'am - tak sabar nak tengok gambar Abdul Rahman...anak yg bertuah punya ibu&ayah sgt penyayang...Insya Allah anak2 puan akan ikut jejak dua ibubapanya.
Post a Comment