Sunday, April 24, 2011

Meniti Titian Usang

Sejak akhir 2009, saya dipertemukan semula dengan kawan-kawan sekolah yang telah berpuluh tahun ditinggalkan. Terimakasih kepada laman sosial facebook. Kami juga mengaktifkan yahoogroups yang menghubungkan kami kembali dengan pelbagai kisah nostalgia dan keadaan semasa.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sejak bertemunya kami semula. Dalam usia yang semakin meningkat 'remaja', kudrat kami kadangkalanya mengalahkan anak-anak yang masih di sekolah rendah...

Namun begitu, di waktu-waktu rakan memerlukan pertolongan dan huluran bantuan, akan ada tangan-tangan yang menghulur, dan ada juga mulut-mulut yang menyanggah. Kekerapan dibandingkan antara satu kawan dengan kawan lain menjadikan suasana indah kadang kala bertukar menjadi gundah.... Biarpun niat asal adalah untuk membantu, namun ia bertukar menjadi mencungkil keaiban jika terlalu kerap diperkatakan.

Bukan semuanya sama. Ada yang benar-benar ikhlas dalam berkawan. Saya terharu menerima panggilan seorang kawan sezaman dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi. Beliau hanya ingin mengucapkan terimakasih kepada saya. Ianya meninggalkan kesan di hati.

Saya pernah merasa kecewa dan malu yang teramat dengan satu kejadian di kalangan kawan sezaman, namun ianya seolah hilang ditelan masa. Kita menjadi dewasa sewaktu menjalani pahit getir kehidupan. Biar apapun yang ingin difikirkan, saya akur dengan kenyataan bahawa kawan-kawan sekolah adalah antara mereka yang saya sayang. Hanya kerana ALlah. Tidak kerana paras rupa mahupun harta benda dan ilmu yang ada.

Maafkan saya kawan-kawan sezaman. Saya pernah tersasar dalam menilai erti persahabatan. Hargailah saya seadanya sekarang. Bukan lagi gadis remaja 17 tahun yang begitu menonjol dan paling selalu menjadi sebutan. Saya telah buang jauh-jauh diri saya yang itu. Saya hanya inginkan ketenangan dalam mengatur langkah menuju jalan pulang....
***************************************************************************

Lagu ini bercerita tentang saya....

Meniti Titian Usang - Search

Kertas putih salju
Ku coretkan kedukaanku
Hitam dan kelabu
Adalah warna dalam hidupku

Kejutkanlah aku kawan
Aku sedang bermimpi
Kejutkanlah aku
Yang sengsara dalam mimpi

Gementar kakiku
Meniti titian usang
Berdegup jantungku
Apakah dapat ku ke seberang

Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam

Jurangnya sangat mengerikan
Ramai yang telah kecundang
Dia sedang menunggu
Untuk memimpimku
Di seberang sana
Adanya cahaya

2 comments:

lina said...

salam ma'am - sebak baca n3 pagi...apa pun saya doakan maam sentiasa dibawahlindungaNYA. Insya Allah....saya sentiasa menjadi pembaca setia ketika masa terluang...sgt luas pengalaman maam terutama ketika dirantau org satu ketika dahulu....sgt saya kagum dengan keberanian maam berjauhan drp insan2 tersayang. Jgn jemu terus menulis ye...Apa yg maam catat kan disini byk mengajar saya sedikit sebanyak. kadang kala menjadikan saya besemangat...entah saya pun tak pasti....dimana...tp yg PASTI saya sgt suka membaca n3 maam. Secara jujur kalau maam tak update blog dengan cerita2 terkini saya akan tertanya2 kenapa....sakit ke? Maafkan saya kerana mencatat kan ruang comment ni terlalu panjang.

Suria Kelang said...

Terimakasih Lina. Kita berkasih sayang di alam maya....Mudah2an mendapat keredhaanNya.

Hidup saya penuh warna-warni. Alhamdulillah, Tuhan bagi saya kekuatan yang bukan sedikit. Dengan sedikit kepandaian menulis, saya dapat catatkan agar menjadi teladan kepada mereka yang sudi membacanya...

Terimakasih sekali lagi.