Wednesday, May 14, 2008

Hikmah di sebalik Musibah

Minggu lalu saya menulis tentang pembelian handphone buat Abey. Sony Ericsson W810i idamannya sejak dua tahun lalu.

Hari ini saya ingin memberitahu bahawa Abey telah diragut dalam perjalanan ke sekolah untuk menjalani latihan ragbi pagi semalam. Abey kehilangan handphone kesayangannya....melayang duit saya...sakit dadaku!

Namun, siapalah kita yang boleh melawan suratan takdir. Abey diserang oleh seorang lelaki dewasa, Melayu, yang memberhentikan motosikalnya, menendang dan menumbuk muka Abey sambil merampas beg duit yang berisi RM5 belanja sekolah dan handphone yang tersimpan dalam beg sandangnya... Abey sempat menendang balik, penyamun tersebut jatuh, namun kerana kelebihan dari segi saiz, dia mengacukan sebilah pisau belati ke wajah Abey... Ngeri untuk saya bayangkan anak saya yang berusia 13 tahun berdepan dengan seorang manusia berhati syaitan.

Kami amat bersyukur Abey bebas dari sebarang kecederaan. Sejurus selepas kejadian ragut itu, Abey menalipon saya dari tepi jalan. Suaranya keras. Nadanya amat marah. Dia kata, "Abey tendang kuat2 pakcik tu, tergolek dia jatuh...tapi dia bangun letak pisau kat pipi Abey. Takut lah Abey...". (Sekalipun dia tau orang tu jahat, dia tetap refer orang tu sebagai 'pakcik' kerana penyamun tu jauh lebih besar darinya!)

Sampai di rumah petang semalam, saya katakan padanya, "Apa yang Abey lalui hari ini adalah sebahagian dari kehidupan. Kenapa bukan kawan2 Abey yang kena ragut? Kerana...Tuhan tau Abey boleh mengatasi kesusahan ini. Ini akan buatkan Abey lebih kuat dan lagi terror...".

Hati saya berkata..."Janganlah jadi lagi...kesian dia, kena lalui keadaan yang sukar ini....". Kesimpulannya: Tiada Ibu yang rela melihat anaknya susah...

2 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... begitulah antara ranjau dalam melalui hidup dan kehidupan ini... ada yang kecil ujianNYA... ada yang amat besar ujianNYA... sebagaimana hidup dan kehidupan di negara IRAQ, IRAN, PALESTINE... dan terkini di CHINA yang diuji dengan gempa bumi... puluhan ribu meninggal... kemusnahan harta benda... kesukaran dalam serba serbi untuk mengisi baki dan sisa2 hidup... sebelum maut datang berkunjung...

Suria Klang said...

Alhamdulillah...Pak Ngah telah memberi saya inspirasi tentang kehidupan...